Hukum Speaker Kuliah Surau Mengganggu Masyarakat Sekeliling

Adab dan Akhlak Jumlah paparan: 73

Wa‘alaikumussalam warahmatullah wabarakatuh

Soalan dari Muhammad Firdaus yang bertanya, saya mengajar budak-budak mengaji al-Quran di rumah saya, manakala surau berdekatan ada buat kuliah, tapi audio speaker terlalu kuat sehingga mengganggu saya nak mendengar bacaan anak-anak murid saya mengaji. Begitu juga sebelum Subuh saya ingin solat sunat 1/3 akhir malam terganggu juga bacaan ayat di dalam solat saya kerana audio bacaan al-Quran di surau terlalu kuat. Soalan saya apakah hukum mengganggu bunyi tersebut kepada orang lain?

Jawapan:

Orang surau yang melakukan sedemikian dianggap berdosa kerana mengganggu jiran sekitar. Ada tegahan dari Nabi SAW ketika kita solat di dalam masjid: فلا يؤذين بعضكم بعضا بالقراءة, Nabi kata “Jangan seseorang kamu, jangan sebahagian daripada kamu menyakiti sebahagian orang lain dengan mengganggu dia dengan membaca kuat di dalam solat.” Nabi kata: كلكم مناج ربه “setiap kamu itu sedang bermunajat kepada tuhannya di dalam solat, maka sebahagian kamu jangan mengganggu orang lain yang juga sedang bermunajat dengan memperkuatkan bacaannya”.

Jika bacaan di dalam solat, bacaan al-Quran, nabi larang mengganggu orang lain, maka bagaimana pula tindakan AJK surau yang menguatkan bacaan di speaker sehingga mengganggu jiran berdekatan? Maka perbuatan itu boleh mendatangkan dosa kepada orang-orang yang melakukannya.

Soalan kedua, kepada pihak manakah saya perlu adukan masalah ini?

Jawapan:

Wallahu a’lam, adukan kepada pihak berkuasa seperti Jabatan Agama, Balai Polis dan seumpamanya, atau sebelum itu tulis surat kepada AJK surau supaya mereka dapat memahami masalah yang kita hadapi.   

Cetak
Wallahu a'lam