SDI 0639: Hukum Cium Tangan Sebagai Tanda Hormat

Soalan:
Askm ustaz, tumpang bertanya. Jadi amalan masyarakat melayu mencium tangan guru/ulama/ustaz/pemimpin atau orang2 besar sebagai tanda hormat,

Adakah sandaran amalan itu pada zaman Nabi, adakah riwayat yang menunjukkan sahabat salam mencium tangan nabi?

Ikut kefahaman saya setelah baca artikel ustaz, tidak ada ciuman tangan. Tapi cuma nak kepastian.

Jazakallah

Jawapan:

Wa'alaikumussalam warahmatullah.

Banyak hadis yang membuktikan berlaku perbuatan mencium tangan sama ada sahabat mencium tangan Nabi SAW, atau sesama para sahabat. Kerana itu sebahagian ulama berpandangan boleh mencium tangan guru, ulama, ustaz, pemimpin yang mulia (tidak termasuk pemimpin yang hina dina pencuri harta orang ramai termasuk pembela-pembela mereka yang lebih hina terdiri dari orang-orang agama yang jahat pemilik PhD-PhD dengan wajah-wajah manis) dan seumpamanya sebagai tanda hormat dengan syarat dijauhi beberapa perkara:

1) tidak dijadikan satu kebiasaan. Sehingga terbiasa bila bersalaman dihulurkan tangan untuk dicium.

2) tidak membawa kpd rasa besar diri atau takabbur.

3) bebas dari unsur berlebih-lebihan.


Cetak  
Wallahu a'lam