Nabi SAW Berus Gigi Apabila Bangun Dari Tidur

Adab dan Akhlak Jumlah paparan: 352

Kemudian kata Syeikh Daud Fatoni, sunat muakkad yang keempat iaitulah dan tatkala jaga daripada tidurperkara ini berdasarkan hadis Huzaifah bin al-Yaman RA yang berkata:

 كَانَ النبي صلى الله عليه وسلم إِذَا قَامَ مِنْ اللَيْلِ يَشُوْصُ فَاهُ بالسواك 

yang bermaksud: “Dahulunya Nabi SAW apabila bangun daripada tidur baginda akan membersihkan dan menggosok mulut (gigi) dengan siwak.” hadis ini Muttafaqun ‘Alaih, hadis al-Bukhari dan Muslim.

Maknanya ada anjuran, di mana Nabi SAW akan berus gigi terlebih dahulu apabila bangun daripada tidur, kerana itu para ulama termasuk Syeikh Daud al-Fatani memasukkan sunat muakkad yang keempat untuk bersiwak adalah tatkala jaga daripada tidur.

Cetak
Wallahu a'lam