SDI 1779: Hukum Menggunakan Cacing Hidup Sebagai Umpan Memancing

Adab dan Akhlak Jumlah paparan: 90

Soalan:

Apakah hukum menggunakan serangga hidup seperti cacing dam lain-lain sebagai umpan memancing?

Jawapan:

Tidak mengapa menangkap ikan dengan menggunakan umpan cacing hidup, atau serangga lain, atau ikan-ikan kecil, jika ada keperluan untuk itu. Namun, jika tiada keperluan, maka hukumnya adalah makruh kerana melibatkan penyeksaan terhadap haiwan.

Dalam kitab Kashshāf al-Qināʿ (كشاف القناع) 3/152 disebutkan:

"(و) يصح بيع (ما يُصاد عليه، كبومة) يجعلها (شَبَاشًا)، وهو طائر تخاط عيناه، ويربط، لينزل عليه الطير، فيُصاد، (ويكره فعل ذلك) لما فيه من تعذيبها. (و) يصح بيع (ديدان لصيد سمك)

“(Dan) sah menjual (apa yang digunakan untuk menangkap binatang buruan, seperti burung hantu) yang dijadikan shabāshan (umpan hidup). Burung itu ditutup matanya dan diikat, supaya burung lain hinggap ke atasnya lalu dapat ditangkap. (Perbuatan ini makruh) kerana menyeksanya (burung hantu yang dijadikan umpan). (Dan) sah menjual (cacing untuk menangkap ikan).” Tamat petikan.

Namun sekiranya boleh membunuh cacing tersebut dengan memisahkan kepalanya terlebih dahulu sebelum digunakan sebagai umpan, dan ia masih sesuai untuk tujuan memancing, maka itu adalah lebih baik.

Dalam hadis riwayat Muslim (1955) daripada Shaddād bin Aws (شَدَّاد بْن أَوْسٍ) berkata:

ثِنْتَانِ حَفِظْتُهُمَا عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: إِنَّ اللهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ، فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ، وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ، وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ، فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

“Aku hafal dua perkara daripada Rasulullah SAW. Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah telah menetapkan ihsan (berbuat baik) atas setiap sesuatu. Maka apabila kamu membunuh, lakukanlah dengan cara yang baik, dan apabila kamu menyembelih, lakukanlah dengan cara yang baik. Hendaklah kamu tajamkan pisau kamu dan tenangkan (mudahkan) haiwan sembelihan kamu.”

Kesimpulan:

Cetak
Wallahu a'lam