Soalan:
Setahu saya tidak boleh menebang pokok yang berbuah tanpa ada keperluan yang diterima dalam agama. Bagaimana pula dengan pokok yang tidak berbuah? Dan apakah ukuran keperluan yang diiktiraf itu? Contohnya: syarikat-syarikat kayu yang menebang banyak pokok di hutan, di tepi-tepi jalan dan sebagainya atas alasan untuk keceriaan dan seumpamanya. Apakah pula hukum memetik daun-daun pokok dan bunga-bunga yang ada di tempat awam oleh orang yang lalu-lalang, sama ada dengan sebab atau tanpa sebab?
Jawapan:
Tedapat berbagai tujuan dari penanaman pokok, lebih-lebih lagi pada zaman kita sekarang. Sebahagian pokok ditanam untuk menjaga alam sekitar dan keseimbangannya, memperbaiki iklim, memelihara tanah, untuk dijadikan tempat berteduh, dan lain-lain tujuan dan maslahah.
Dr. Abdul Ghani Ahmad Mazhar (عبد الغني أحمد مزهر) berkata dalam kajiannya – فضل الزراعة في الإسلام Kelebihan Pertanian dalam Islam – yang diterbitkan dalam مجلة البحوث الإسلامية Majalah Penyelidikan Islam:
الأجر في الغرس، والزرع لا ينحصر في زراعة المثمر وحسب، بل يحصل بزراعة المثمر وغير المثمر، وذلك لحصول الانتفاع للحيوان، والطير، والدواب، بل لحصول النفع للإنسان من جهة أخرى غير الأكل، فيقاس على الأكل ما ينتفع من الأشجار والمزروعات من تنزه، وتجميل للبيئة، أو تمتع برؤيتها، واستظلال بظلها، أو ما تحققه من منافع أخرى كثيرة، كتطييب المناخ، وحفظ للتربة، وصد للغبار والأتربة، وتنقية للهواء من التلوث، وكذلك ما يستفاد منها في أغراض الصناعة كصناعة الورق، والثقاب، وصناعة الأخشاب المختلفة المتعددة الأغراض
"Pahala pada menanam dan bercucuk tanam tidak terbatas pada tanaman yang berbuah sahaja, bahkan ia diperoleh dengan menanam yang berbuah dan yang tidak berbuah, kerana adanya manfaat bagi haiwan, burung, dan binatang ternakan, bahkan juga manfaat bagi manusia dari sudut lain selain makan. Maka diqiaskan dengan makan itu segala manfaat yang diperoleh daripada pokok dan tanaman berupa rekreasi, memperindah alam sekitar, berseronok melihatnya, berteduh di bawahnya, atau manfaat-manfaat lain yang banyak, seperti memperbaiki iklim, menjaga tanah, menghalang debu dan kotoran, membersihkan udara daripada pencemaran, begitu juga manfaatnya dalam tujuan perindustrian seperti pembuatan kertas, mancis, dan pelbagai jenis kayu yang mempunyai banyak kegunaan." Tamat.
Selagi pada pokok itu ada manfaat, hukum asalnya adalah dibiarkan, maka ia tidak ditebang kecuali kerana maslahah yang lebih besar daripada maslahat kewujudannya, seperti membuka jalan atau meluaskannya, atau membina rumah, atau menggunakan kayunya untuk tujuan yang harus, sekalipun bukan satu keperluan mendesak atau hajat, memadai dengan adanya manfaat dengan menebangnya maka ia dibenarkan. Termasuklah jika dibiarkan ia akan terus membesar dan mendatangkan masalah seperti merosakkan jala, menghalang penglihatan dan seumpamanya.
Ibn Battal berkata dalam Syarah Sahih al-Bukhari:
قال المهلب: يجوز قطع الشجر والنخل لخشب يتخذ منه، أو ليخلى مكانها لزرع، أو غيره، مما هو أنفع منه، يعود على المسلمين من نفعه أكثر مما يعود من بقاء الشجر، لأن النبي قطع النخل بالمدينة، وبني في موضعه مسجده الذي كان منزل الوحي، ومحل الإيمان
"Al-Muhallab berkata: “Dibolehkan menebang pokok dan pohon kurma untuk diambil kayunya, atau untuk mengosongkan tempatnya bagi tanaman atau tujuan lain, yang lebih bermanfaat daripadanya, yang kembali manfaatnya kepada kaum Muslimin lebih besar daripada manfaat kekalnya pokok tersebut. Kerana Nabi ﷺ telah menebang pohon kurma di Madinah, lalu dibina di tempat itu masjidnya yang menjadi tempat turunnya wahyu dan pusat iman.” Tamat.
Adapun menebangnya dengan sia-sia tanpa tujuan, maka inilah yang tercela, dan ia termasuk dalam perbuatan melakukan kerosakan di muka bumi.
Adapun daun-daun dan bunga-bungaan pada pokok yang ada di tempat awam, maka hendaklah dijauhi daripada memetiknya jika ia memudaratkan pokok itu, atau menyalahi tujuan ia ditanam, seperti untuk perhiasan dan memperindah tempat.
------- Versi English Chatgpt ------
SDI 1856: The Ruling on Cutting Trees for Aesthetic Purposes
Question:
It is known that cutting down fruit-bearing trees is not permissible unless there is a recognized religious necessity. What, then, is the ruling regarding non-fruit-bearing trees? And what constitutes a recognized necessity in this matter? For instance, timber companies that fell large numbers of trees in forests, along roadsides, and elsewhere, for purposes such as beautification or similar reasons—is this permissible? Furthermore, what is the ruling on plucking the leaves and flowers of trees located in public areas by passersby, whether with or without justification?
Answer:
The planting of trees serves multiple objectives, particularly in contemporary times. Among these are preserving the environment and its balance, improving the climate, protecting the soil, providing shade, and many other legitimate purposes and benefits.
Dr. Abdul Ghani Ahmad Mazhar (عبد الغني أحمد مزهر), in his study The Virtue of Agriculture in Islam (فضل الزراعة في الإسلام), published in The Journal of Islamic Research (مجلة البحوث الإسلامية), stated:
“The reward for planting trees and crops is not confined to fruit-bearing species alone; rather, it extends to non-fruit-bearing species as well, for the reason that they too provide benefit to animals, birds, and livestock. Likewise, they bring benefit to humans from aspects other than consumption. Accordingly, all forms of benefit derived from trees and plants are analogically equated with that of food: such as recreation, beautification of the environment, enjoyment of their sight, seeking shade under them, and other numerous benefits including improving the climate, preserving the soil, blocking dust and dirt, purifying the air from pollution, and also their industrial uses, such as in the production of paper, matches, and various kinds of timber for multiple purposes.” [End quote]
Thus, as long as a tree yields benefit, the original ruling is that it should be preserved and not felled, unless there exists a greater benefit that outweighs the benefit of its continued existence—such as constructing or widening roads, building houses, or utilizing its wood for permissible purposes. Even if not prompted by dire necessity, the presence of legitimate benefit in cutting it down suffices to render it permissible. This includes circumstances where continued growth may cause harm, such as damaging nets, obstructing visibility, and the like.
Ibn Battal, in his Commentary on Sahih al-Bukhari, cites al-Muhallab as saying:
“It is permissible to cut down trees and date palms in order to make use of their wood, or to clear land for cultivation, or for other purposes more beneficial than their existence—whereby the benefit to the Muslims is greater than that of leaving the trees untouched. This is because the Prophet ﷺ cut down date palms in Madinah, upon which his mosque was built—a place that became the site of revelation and the centre of faith.” [End quote]
However, felling trees in vain, without purpose, is blameworthy, and falls under the category of spreading corruption upon the earth.
As for the leaves and flowers of trees located in public areas, these should not be plucked if such action harms the tree, or contravenes the purpose of their planting—such as ornamentation and enhancing the beauty of the environment.
---