SDI 1870: Hukum Keluar Dari Masjid Selepas Azan Kerana Ada Urusan

Adab dan Akhlak Jumlah paparan: 17

Soalan:

Apa hukum seorang yang keluar dari masjid setelah azan solat fardhu dilaungkan?

Jawapan:

Tidak boleh bagi seorang muslim keluar dari masjid selepas azan dilaungkan dan sebelum iqamah, berdasarkan riwayat daripada Abu al-Sya’tha’ RA (أبي الشعثاء) yang berkata:

كُنَّا قُعُودًا فِي الْمَسْجِدِ مَعَ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه فَأَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ، فَقَامَ رَجُلٌ مِنْ الْمَسْجِدِ يَمْشِي، فَأَتْبَعَهُ أَبُو هُرَيْرَةَ بَصَرَهُ حَتَّى خَرَجَ مِنَ الْمَسْجِدِ، فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ: أَمَّا هَذَا فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ ﷺ

“Kami sedang duduk di masjid bersama Abu Hurairah RA, lalu muazin melaungkan azan. Kemudian seorang lelaki bangun dari masjid berjalan keluar. Abu Hurairah pun memandangnya sehingga lelaki itu keluar dari masjid. Maka Abu Hurairah berkata: “Adapun orang ini, maka dia telah menderhakai Abul Qasim SAW.” (Diriwayatkan oleh Muslim dalam Sahihnya).

Al-Imam al-Tirmizi meriwayatkan dalam al-Sunan daripada Abu al-Sya’tha’ RA dengan lafaz:

خَرَجَ رَجُلٌ مِنَ الْمَسْجِدِ بَعْدَ مَا أُذِّنَ فِيهِ بِالْعَصْرِ، فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ: أَمَّا هَذَا فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ ﷺ.

“Seorang lelaki keluar dari masjid selepas azan solat Asar. Maka Abu Hurairah RA berkata: “Adapun orang ini, dia telah mendurhakai Abul Qasim SAW.” (kata al-Tirmizi hadis Abu Hurairah ini hadis hasan sahih)

Seterunya al-Tirmizi memberi komen dengan berkata:

وَعَلَى هَذَا العَمَلُ عِنْدَ أَهْلِ العِلْمِ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ ﷺ، وَمَنْ بَعْدَهُمْ: أَنْ لَا يَخْرُجَ أَحَدٌ مِنَ المَسْجِدِ بَعْدَ الأَذَانِ، إِلَّا مِنْ عُذْرٍ: أَنْ يَكُونَ عَلَى غَيْرِ وُضُوءٍ، أَوْ أَمْرٍ لَا بُدَّ مِنْهُ. وَيُرْوَى عَنْ إِبْرَاهِيمَ النَّخَعِيِّ، أَنَّهُ قَالَ: «يَخْرُجُ مَا لَمْ يَأْخُذِ المُؤَذِّنُ فِي الإِقَامَةِ». وَهَذَا عِنْدَنَا لِمَنْ لَهُ عُذْرٌ فِي الخُرُوجِ مِنْهُ

“Inilah amalan para ulama dari kalangan sahabat Nabi SAW dan selepas mereka, bahawa tidak boleh seseorang keluar dari masjid selepas azan kecuali ada keuzuran: seperti tidak berwuduk atau ada perkara yang mesti dilakukan. Diriwayatkan daripada Ibrahim al-Nakhai‘e, beliau berkata: “Seseorang boleh keluar selagi muazin belum mula iqamah.” Dan ini menurut kami khusus bagi yang ada uzur.”

Dalam riwayat Syarik daripada al-Mas‘udi RA, disebutkan: Rasulullah SAW bersabda:

أَمَرَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآلِهِ وَسَلَّمَ: إِذَا كُنْتُمْ فِي الْمَسْجِدِ فَنُودِيَ بِالصَّلَاةِ فَلَا يَخْرُجْ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُصَلِّيَ

“Jika kamu berada di masjid, lalu laungkan untuk solat, maka janganlah seorang pun di antara kamu keluar sehingga dia selesai solat.” (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya).

Imam Ibn ‘Abd al-Barr al-Maliki berkata dalam al-Tamhid (24/213):

أَجْمَعُوا عَلَى الْقَوْلِ بِهَذَا الْحَدِيثِ لِمَنْ لَمْ يُصَلِّ وَكَانَ عَلَى طَهَارَةٍ وَكَذَلِكَ إِذَا كَانَ قَدْ صَلَّى وَحْدَهُ إِلَّا لِمَا لَا يُعَادُ مِنَ الصَّلَوَاتِ عَلَى مَا ذَكَرْنَا مِنْ مَذَاهِبِ الْعُلَمَاءِ فِي ذَلِكَ عِنْدَ ذِكْرِ حَدِيثِ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ بُسْرِ بْنِ مِحْجَنٍ فَإِذَا كَانَ مَا ذَكَرْنَا فَلَا يَحِلُّ لَهُ الْخُرُوجُ مِنَ الْمَسْجِدِ بِإِجْمَاعٍ إِلَّا أَنْ يَخْرُجَ لِلْوُضُوءِ وَيَنْوِيَ الرُّجُوعَ


“Para ulama telah sepakat dengan hadith ini bagi orang yang belum solat sedangkan dia dalam keadaan berwuduk, begitu juga jika dia telah solat bersendirian kecuali bagi solat yang tidak boleh diulang…. Maka tidak halal baginya keluar dari masjid dengan ijmak kecuali untuk berwuduk dengan niat kembali.”

Al-Mubarakfuri berkata dalam Tuhfat al-Ahwadzi (1/518):

وَالْحَدِيثُ يَدُلُّ عَلَى أَنَّهُ لَا يَجُوزُ الْخُرُوجُ من المسجد بعد ما أُذِّنَ فِيهِ لَكِنَّهُ مَخْصُوصٌ بِمَنْ لَيْسَ لَهُ ضَرُورَةٌ يَدُلُّ عَلَيْهِ حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ خَرَجَ وَقَدْ أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ وَعُدِّلَتِ الصُّفُوفُ حَتَّى إِذَا قَامَ فِي مُصَلَّاهُ انْتَظَرْنَا أَنْ يُكَبِّرَ انْصَرَفَ قَالَ: عَلَى مَكَانِكُمْ فَمَكَثْنَا عَلَى هَيْئَتِنَا حَتَّى خَرَجَ إِلَيْنَا يَنْطِفُ رَأْسُهُ مَاءً وَقَدِ اغْتَسَلَ رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ وَغَيْرُهُ فَهَذَا الْحَدِيثُ يَدُلُّ عَلَى أَنَّ حَدِيثَ الْبَابِ مَخْصُوصٌ بِمَنْ لَيْسَ لَهُ ضَرُورَةٌ فَيَلْتَحِقُ بِالْجُنُبِ الْمُحْدِثُ وَالرَّاعِفُ وَالْحَاقِنُ وَنَحْوُهُمْ وَكَذَا مَنْ يَكُونُ إِمَامًا لِمَسْجِدٍ آخَرَ وَمَنْ فِي مَعْنَاهُ

“Hadith ini menunjukkan tidak boleh keluar dari masjid selepas azan, tetapi ia dikhususkan bagi yang tiada keperluan. Hal ini dibuktikan dengan hadith Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW pernah keluar setelah iqamah dikumandangkan dan saf telah diluruskan. Baginda berdiri di tempat solat, kami menunggu takbirnya, tiba-tiba Baginda beredar seraya bersabda: “Tetaplah kamu di tempatmu.” Maka kami tetap dalam keadaan kami, kemudian Baginda keluar kepada kami dalam keadaan rambut Baginda masih menitis air kerana baru mandi. Riwayat al-Bukhari dan selainnya. Hadith ini menunjukkan hukum larangan keluar adalah khusus bagi yang tiada keperluan. Maka termasuk keperluan: orang berjunub, yang berhadas, yang berdarah (keluar darah dari hidung), yang menahan buang air, imam di masjid lain, dan yang seumpamanya.”

Pendapat Para Fuqaha Mengenai Hukum Keluar Dari Masjid Selepas Azan Tanpa Uzur

Jika tiada keperluan mendesak, para fuqaha berbeza pendapat tentang hukum keluar selepas azan – adakah haram atau makruh? Perselisihan ini berpunca daripada bentuk larangan yang disebut dalam hadith.

Imam al-Nawawi berkata dalam al-Majmu’ (2/179):

يُكْرَهُ الْخُرُوجُ مِنْ الْمَسْجِدِ بَعْدَ الْأَذَانِ حَتَّى يُصَلِّيَ إلَّا لِعُذْرٍ

“Dimakruhkan keluar dari masjid selepas azan hingga selesai solat, kecuali kerana uzur.”

Sebahagian ulama Hanbali (dalam riwayat yang sahih) serta Ibn Hazm al-Zahiri berpendapat haram keluar selepas azan tanpa uzur.

Ibn Qudamah berkata dalam al-Mughni (1/296-297):

ولا يجوز الخروج من المسجد بعد الأذان إلَّا لعذر.. فأما الخروج لعذر فمباح؛ بدليل أن ابن عمر رضي الله عنهما خرج من أجل التثويب في غير حينه. وكذلك من نوى الرجعة؛ لحديث عثمان رضي الله عنه

“Tidak boleh keluar dari masjid selepas azan kecuali jika ada uzur. Adapun keluar kerana ada uzur adalah harus, sebagaimana Ibn ‘Umar RA keluar kerana berlaku azan tambahan bukan pada waktunya. Begitu juga jika berniat kembali, berdasarkan hadis ‘Uthman RA”

Cetak
Wallahu a'lam