Soalan:
CALIT AIR LIUR LETAK DIMUKE ORANG... ORANG MARAH DOK ? ]
Ustaz Azhar Idrus Kata :
Ramai orang dah jadi tabiat bila nak membelek Quran, dia jilat jari biar basah guna air liur, pastu dia belek Quran.
Hukumnya HARAM mengenakan air liur pada Quran. Walaupun air liur tu bukan najis tetapi ia sesuatu yang kotor, jijik. Ce mung jilat jari mung pastu calit ke muke orang. Die maroh dop? Marah lah. Itu tanda air liur itu kotor. Mana boleh kenakan benda yang kotor pada Quran.
Nanti ada orang kata, "Habis tu nak belek muka surat Quran licin nak buat macam mana ustaz?".
Gunalah air paip! Letak dalam cawan kat sebelah mung. Dh tahu doh mu nk bace banyok mlm ni ambik dua baldi letok tepi mung, apa susoh!
"Nak buat macamana ustaz, dulu saya tak tau, ingatkan tak apa." Dah dop tahu la sebab tak mari dengor org ngajar. Dop mari ngaji. Dah tau ni, istighfarlah banyak-banyak, pohon keampunan dari Allah.
Wallahua’lam...
Copy paste
Jawapan;
Sememangnya ada ulama yg berpandangan menyelak helaian al-quran mggunakan air liur termasuk dlm perbuatan menghina dan merendahkan al-quran. Maka ia haram atau sekurang2nya makruh dgn alasan tiada seorg muslim yg melakukannya dgn maksud sedemikian.
Namun hal ini bukan suatu yg disepakati oleh semua ulama. Krn sbgian yg lain tidak melihat ia sbg satu penghinaan dan perendahan kpd alquran.
Justeru, mengelak dr mggunakan air liur utk menyelak helaian al-Quran adlh yg terbaik, paling utama dan lebih memenuhi maksud memuliakan al-Quran.