SDI 0323: Berkaitan Jin, Apakah Tulang Makanan Perlu Dikeluarkan Dari Rumah?

Soalan:

Ustaz sejauh mana kesahihan dakwaan spt dlm screenshoot?

Jawapan:

Berkaitan dgn tulang yg menjadi makanan jin, ianya ADA dinyatakan di dlm hadis yg Sahih termasuk hadis alBukhari dan Muslim.

Namun hal ini bukanlah bermakna mesti di keluarkan semua tulang dr rumah pd malam hari, krn kita tidak tahu bila kehadiran mereka.

Banyak lg hadis2 lain yg menunjukkan ada keterlibatan jin atau mereka berusaha turut serta dlm aktiviti harian kita. Antaranya ketika makan dan tidur. Bimbg nnti akan ada pula yg bg petua jgn tidur dan makan di dlm rumah.

Namun, perbuatan segera mengeluarkan tulang2 dr rumah, tidak dinafikan boleh termasuk sbg satu langkah keselamatan dr kejahatan mereka.

Sebenarnya, yg lebih penting ialah memurnikan akidah kpd Allah SWT. Pemurniaan akidahlah yg sbnrnya benteng yg terkuat bg selamat dr kejahatan jin dan manusia. Di samping membiasakan diri beramal dgn zikir2 nabi SAW utk selamat dr kejahatan jin dan syaitan spt memberi salam ketika masuk rumah, mmbaca bismillah ketika nenutup pintu dan tingkap, banyakkan mmbaca alQuran dan solat sunat di rumah, jauhkan rumah dr patung dan gambar2 bernyawa yg dimuliakan dn seumpamanya.


Cetak  
Wallahu a'lam