Benarkah Tak Boleh Sebut Bencana Alam?

Akidah Jumlah paparan: 763

Soalan:

Ustaz, betul ker klu berlaku apa2 bencana di dunia ini, kita tak boleh kata bencana alam? sbb tu syirik asghor..kena sebut bencana yang diturunkan oleh allah?

Jawapan:
 
Bencana alam tu bermaksud: bencana yang berlaku di alam ini,  seperti firman ALlah:
 
 ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُم بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ
 
Maksudnya: Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusi, supay Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
 
Sememangnya ulama akidah bahagikan ungkapan atau percakapan itu kepada dua:
 
1. Ungkapan yg bebas drpd syirik
2. ungkapan syirik seperti seseorg berkata kalau bukan kerana orang itu tentu jadi begini.
 
Namun ungkapan syirik spt ini jadi syirik jika ia disertai i'tikad syirik. Jika tiada iktikad syirik, ia pula menjadi kebiasaan atau uruf yg bebas dari ungkapan syirik, maka ia kembali harus.
 
Hadis Nabi SAW tentang Abu Talib:
 
لولا أنا ، لكان في الدرك السفل من النار
 
Maknanya: Kalau bukan keranaku, pasti dia (ABu Talib) berada di dasar neraka."
 
Maksud Nabi ialah dengan sebab syafaat ku, kerana semuanya dengan kehendak dan keizinan dari Allah semata2.
 
Demikian juga doa Nabi SAW dalam qunut Nazilah ke atas kaum musyrikin agar diturunkan kesusahan kepada mereka (اللهم اجعلها عليهم سنين كسني يوسف) seperti kesusahan yg berlaku pada "tahun-tahun (nabi) Yusuf" iaitulah kesusahan kemarau panjang dan bencana. 
Cetak
Wallahu a'lam