SDI 0736: Anti Hadis Tanya Macamana Syahadah Rasulullah?

Soalan: 
 
Salam ustaz, lepaih pak kassim meninggal ni, ramai plk zahirkan angin2 anti hadis. Depa tnya ana dlm grup wasap, mcm mana syahadah Rasulullah? Ana kata sama ja mcm yg ditunjukkan dlm bab azan & solat. Nabi pn baca mcm tu. Ada jawapan spesifik dak?
 
Bin Sahak: Apa masalahnya kalau rasulullah bersyahadah sama seperti kita bersyahadah?
 
Penyoal: Depa nk kata, takkan Rasulullah kata utk diri sendri. Secara x langsung backup syahadah kasim ahmad
 
Bin Sahak: Ya rasulullah kata untuk diri sendiri dan itulah perintah dari Allah. Syahadah kasim ahmad macamana pula?
 
Penyoal: Takdak muhammad Rasulullah
 
Bin Sahak: Syahadah nabi sama dengan shahadah kita. Tak ada apa yang depa nak pertikaikan tentang syahadah nabi. Nabi telah mengaku baginda adalah utusan Allah kepada manusia. Untuk mengungkapkan semula syahadah buat diri sendiri tiada apa-apa yang tak kenanya. Bukankah kita juga ada lakukan penyaksian kepada diri sendiri? Sebagai contoh kita kata: "Saya adalah wakil sekian-sekian... saya dari sekian sekian.... saya orang yang diamanahkan oleh sekian-sekian...." Apa masalahnya untuk Nabi saw mengucapkan: "Aku bersaksikan tidak ada tuhan selain allah dan aku menyaksikan bahawa muhammad (aku) adalah utusan allah."? Ada riwayat dari Aisyah RA yang mendengar nabi jawab ketika muazzin bertasyahhud dengan:
 
وأنا وأنا
 
Maksudnya: "dan aku (menyaksikan)... dan aku (menyaksikan)... "
 
Ada juga riwayat muslim dari Muaz bin Jabal RA yang menyebut nabi jawab:
 
وأنا أشهد أن محمدا....
 
Maksudnya: "Dan aku menyaksikan bahawa Muhammad itu...."
 
Riwayat-riwayat ini membuktikan nabi bertasyahhud sama seperti kita.
 
Penyoal: Jazakallahukhair ustaz.
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam