Soalan:
🟤 Assalamualaikum ustaz. Akhir zaman ni kita banyak menjumpai orang2 yg melecehkan seruan2 sunnah. Mereka mengejek2 dgn gelaran wahabi, wasabi, wahabiol dan lain2 lagi terhadap orang2 yg memperjuangkan seruan alquran dan assunnah. Berdasarkan keumuman ayat al quran dan hadis nabi, terdapat banyak ancaman/hukuman kafir ke atas orang2 sedemikian. Benarkah mereka boleh jadi kafir sekiranya mereka terus berada dalam keadaan sedemikian?
Jawapan:
Rata-rata yang melakukan ejekan itu BUKAN mengejek atau memperlekehkan sunnah Nabi SAW. Sebaliknya mereka memperlekah orang yang melakukan dakwah tersebut, yang pada anggapan mereka dakwah itu tidak betul dan menyeleweng.
Justeru, tindakan tersebut berdosa kerana saling tuduh-menuduh dan berbalah. Namun tidaklah sampai ke tahap kufur insyaAllah.