Tiada Seorang Walipun Yang Boleh Keluar Dari Mengikut Ajaran Nabi

Akidah Jumlah paparan: 478

Kata al-Tahawi RH: 

 «ولا نفضِّل أحدًا من الأولياء على أحدٍ من الأنبياء عليهم السلام، ونقول: نبيٌّ واحدٌ أفضل من جميع الأولياء»: «ش: يشير الشيخ رحمه الله إلى الردِّ على الاتِّحادية وجَهَلة المتصوِّفة، وإلَّا فأهل الاستقامة يوصون بمتابعة العلم ومتابعة الشرع، فقد أوجب الله على الخلق كلِّهم متابعة الرسل، قال تعالى: ﴿وَمَا أَرْسَلْنَا مِنْ رَسُولٍ إِلَّا لِيُطَاعَ بِإِذْنِ اللهِ وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ جَاءُوكَ﴾ إلى أن قال: ﴿وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا﴾ [النساء: ٦٤ ـ ٦٥]، وقال تعالى: ﴿قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ﴾ [آل عمران: ٣١]. قال أبو عثمان النيسابوري: من أمَّر السنَّةَ على نفسه قولًا وفعلًا نطق بالحكمة، ومن أمَّر الهوى على نفسه نطق بالبدعة».

Maksudnya: "Dan tidak kami melebihkan seorangpun dari kalangan para wali berbanding seorang dari kalangan para nabi AS. Kami nyatakan bahawa seorang nabi adalah lebih utama berbanding sekelian para wali."

Kata Ibn Abi al-'Izz al-Hanafi RH (ابن أبي العزِّ الحنفيُّ) : 

"al-Syeikh RH mengisyaratkan kepada pemikiran al-Ittihadiyyah dan orang-orang jahil dari kalangan yang menisbahkan diri kepada tasawwuf. Ini kerana golongan istiqamah (tetap di atas kebenaran) diperintahkan untuk mengikut ilmu dan syara'. Sesungguhnya ALlah telah mewajibkan ke atas kesemua makhluk mengikut para rasul. Firman Allah Taala: "Dan tidaklah Kami mengutuskan seorang rasul melainkan untuk baginda ditaati dengan izin ALlah. Kalaulah mereka menzalimi diri mereka sendiri, kemudian datang kepadamu..." sehinggalah firman ALlah Taala: "Dan dia terima dengan sebaik-baiknya." (al-Nisaa': 64-65). Demikian juga firman Allah Taala: "Katakanlah, jika kamu semua cintakan ALlah, maka ikutlah Nabi Muhammad, Allah akan mencintai kamu dan akan mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan ALlah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (Ali Imran: 31) Kata Abu 'Uthman al-Naisaburi: "Siapa yang menjadikan sunnah itu untuk diikutinya pada perkataan dan peruatan, maka dia akan berkata-kata dengan kebijaksanaan. Siapa yang menjadikan hawa nafsunya untuk diikuti oleh dirinya, maka dia akan berkata dengan bidaah."  

Cetak
Wallahu a'lam