Sunday, February 22, 2009
Soalan :
berikut adalah sebahagian petikan artikel yg saya terima dr seorg rakan...
"Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin." Sahabat saya mendakwa ada kawan kepada kawannya yang berkahwin dengan org bunian dan mendapat anak.. dan hidup seperti biasa.
Soalan saya, adakah ini benar? manusia boleh berkahwin dengan makhluk halus dan melahirkan anak2.. apakah sah perkahwinannya..bagaimana pula nasib anak2nya..apakah agama mereka? bukankah manusia dijadikan berpasangan dgn manusia sahaja bukan dengan jin atau makhluk halus???
Jawapan:
al-Quran dan hadith menyebut adanya manusia dan Jin. Kedua-dua makhluk ini wajib beriman kepada Allah dan RasulNya Muhammad SAW. Agama yang mesti mereka imani adalah agama Islam, kerana Nabi Muhammad adalah Nabi kepada manusia dan Jin.
Berbalik kepada soalan saudara.
Sesiapa sahaja boleh mengada-adakan cerita, mendakwa itu dan ini. Namun cuba kita tanya semula kepada mereka, apakah bukti atas dakwaan-dakwaan tersebut? Saya pasti mereka tidak dapat mendatangkan walau satu bukti, melainkan kata orang sahaja.
Manusia berkahwin dengan Jin
Tidak terdapat bukti yang jelas bolehnya manusia berkahwin dengan jin. Adapun tentang hukum perkahwinan manusia dengan jin, para ulama berbeza pendapat. Kebanyakan ulama mengatakan haram hukumnya perkahwinan antara manusia dengan jin, dan inilah pendapat yang lebih kuat dan benar. Pendapat ini berdasarkan firman Allah swt :
Maksudnya: "Dan Allah telah menciptakan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri." (al-Nahl : 72) Demikian juga firman ALlah
Maksudnya: "Dan antara tanda-tanda kebesaranNya (Allah), Dia telah menciptakan bagi kamu ister-isteri dari jenis kamu sendiri." (al-Rum : 21) Berdasarkan ayat-ayat ini, para ulama tafsir menyebut maknanya Allah swt menjadikan isteri dari jenis kita iaitu manusia. Allah SWT juga berfirman :
Maksudnya: "Maka berkahwinlah dengan mana-mana wanita yang kamu senangi..." (al-Nisa' : 3). Kalimah (النساء- wanita) ialah dimaksudkan kepada wanita bani Adam secara khusus. Maka perkahwinan dengan selain wanita bani Adam adalah haram disebabkan ketiadaan dalil yang membenarkannya. Ini kerana kaedah : (الأصل في الأبضاع التحريم ) iaitu asal dalam perkara hubungan seksual itu adalah haram, melainkan datangnya dalil yang membenarkannya.
Selain itu, jika adanya kemungkinan berlakunya perkahwinan antara manusia dan jin, perkahwinan ini lebih membawa banyak keburukan. Ini kerana jin adalah satu makhluk yang boleh merupa beberapa bentuk, maka bagimanakah seseorang mengetahui yang datang itu merupakan pasangannya yang sebenar ataupun tidak?