Lalu seorang wanita mengangkat anaknya dan berkata: ألهذا حج "wahai Rasulullah, budak ini boleh buat hajikah?" Baginda Nabi SAW bersabda: نعم، ولك أجر "ya boleh dan kamu juga dapat pahala kerana bawa anak kamu yang masih kecil itu untuk melaksanakan haji.”
Hadis ini menunjukkan budak kecil itu dapat hajinya dan ibunya mendapat pahala kerana membawa anak melaksanakan haji.
Hadis ini juga merupakan bukti menunjukkan seorang budak, bila melaksanakan haji, dia mendapat haji tersebut. Ia merupakan dalil budak yang belum baligh, bila melakukan ketaatan atau amalan soleh, dia mendapat pahala amalan tersebut, dicatit pahala untuk budak itu. inilah pandangan majoriti ulama dan yang tidak dicatit hanya perbuatan salah yang dilakukan oleh seorang budak yang belum baligh.