Syafaat Semuanya Milik Allah SWT Semata-mata

Akidah Jumlah paparan: 632

Saya mengajak tuan-tuan semua untuk kita merujuk ayat al-Quran di dalam surah al-Zumar ayat 44. Tuan-tuan boleh catit, dekat rumah nanti boleh tengak ayat tu, iaitulah firman ALlah SWT: 

قُل لِّلَّهِ الشَّفَاعَةُ جَمِيعًا ۖ لَّهُ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۖ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ

Kenapa saya sebut ayat ni? kerana ada satu perkara penting yang perlu kita faham betul-betul dalam masalah syafaat. Apadia? Tengak firman ALlah ini, maksudnya:  "Katakanlah (wahai Muhammad) milik Allahlah syafaat kesemuanya..." maknanya syafaat ini tidak dimiliki oleh sesiapapun melainkan ALlah sahaja pemilik mutlaknya. Dalam ayat ini ada petunjuk kepada al-Hasr (الحصر), iaitulah isyarat menghimpunkan semua syafaat, di mana tidak ada seseorangpun yang memiliki syafaat melainkan hanya Allah SWT sahaja. 

Tak boleh ada orang kata, ayat tu memaksudkan umum syafaat, tapi ada pulak syafaat khusus yang dimiliki oleh Nabi SAW, para wali dan lain-lain, tak ada dan tak ada. Kerana apa? Kerana di dalam ayat ini, susunannya mendahulukan khabar atau prediket dan melewatkan mubtada' atau subjek. Pada kebiasaannya mubtada' atau subjek berada di awal ayat, khabar atau prediket sepatutnya berada selepas mubtadak atau subjek kerana ia menerangkan subjek. Tapi apabila sesuatu ayat menyalahi keadah kebiasaannya, maka ia menghendaki maksud tertentu. 

Maka dalam ayat al-Quran ini, khabar atau prediketnya berada di hadapan iaitulah لله, di mana khabar atau prediketnya majrur dengan diberi baris kasrah kerana isim mufrad, disebabkan huruf "jar", berada pada kedudukan (في محل رفعrafa' kerana statusnya khabar atau prediket. 

Jika susunan menurut kebiasaan ialah الشفاعة جميعا لله "semua syafaat itu adalah milik ALlah." Tetapi ayat tidak disusun sebegini, sebaliknya ia datang dalam bentuk قُل لِّلَّهِ  "katakan (wahai Muhammad) milik ALlahlah," di mana لله itu adalah prediket yang diawalkan, setelah itu baru datang subjeknya iaitulah الشَّفَاعَةُ  yang dikemudiaankan.

Susunan seperti ini, menunjukkan al-Hasr (الحصر) iaitulah menunjukkan semua syafaat tanpa kecuali, semuanya adalah milik ALlah SWT sahaja. Maknanya Allah lah sahaja yang memiliki syafaat dan Dialah sahaja yang berhak memberi keizinan kepada mana-mana hamba-Nya yang tertertentu untuk memberi syafaat. Atau tiada siapa yang dapat memberi syafaat dengan sendirinya melainkan mestilah terlebih dahulu mendapat keizinan daripada Allah SWT, termasuklah Nabi Muhammad SAW, malaikat, orang beriman, orang saleh, wali ALlah yang termasuk dalam kategori orang yang beriman. Semuanya mestilah mendapat keizinan daripada ALlah SWT terlebih dahulu untuk memberi syafaat

Kefahaman ini mesti ada dalam diri setiap orang Islam. 

Cetak
Wallahu a'lam