SDI 1481: Hukum Orang mendakwa Dapat Melihat Rupa Jin

Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh

Soalan kedua dari Hafiz Amani yang bertanya kalau seseorang ini kata rupa jin sekian-sekian sedangkan jin ini kan benda ghaib yang kita tidak tahu, yang kita tidak boleh tahu rupa asalnya, melainkan jin ini dia berbentuk-bentuk. Adakah dia boleh jatuh kufur akhbar kerana mendakwa boleh tahu benda ghaib?

Jawapan:

Baik, Wallahu taala a'lam. 

Jin boleh melihat manusia, manakala manusia tidak boleh melihat jin, dinyatakan difirmankan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala di dalam al-quran, iaitulah di dalam surah al-A'raf ayat 27, Allah subhanahu wa ta'ala berfirman: يا بني آدم لا يفتننكم الشيطان كما أخرج أبويكم من الجنة ..... إنه يراكم هو وقبيله من حيث لا ترونهم "Sesungguhnya syaitan itu dapat melihat kamu demikian juga kabilah-kabilah nya dapat melihat kamu dalam bentuk kamu tidak boleh melihat mereka." 

Jadi manusia manusia tidak boleh melihat jin dengan firman allah, berdasarkan firman allah subhanahu wa ta'ala. Kerana itu manusia, kita kata tak boleh melihat jin, manusia tidak boleh melihat jin. Akan tetapi seperti yang disebut dalam soalan, sabit di dalam hadis menceritakan bagaimana para sahabat ada melihat jin, iaitulah apabila jin berubah bentuk menjadi menyerupai makhluk yang lain, kerana izin memiliki kekuatan ataupun kemampuan yang diizinkan oleh oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk dia menyerupai makhluk yang lain. Ketika Dia menyerupai makhluk yang lain itu, maka manusia boleh melihat, manusia boleh dilihat bukan rupa jin tetapi mereka melihat makhluk yang dijelmai oleh jin itu.

Manakala soalan yang bertanya, Jika ada seseorang yang mendakwa dia boleh melihat jin, apakah dia boleh jatuh ke kufur akhbar? Jawapannya tidak semestinya tidak semestinya dia jatuh kufur akhbar, kerana sebahagian orang dia dakwa dia boleh melihat jin, dia maksudkan jin yang telah berbentuk dengan rupa yang lain, barang kali dalam rupa hantu, sebagai contoh, lalu dia kata dia nampak jin dan syaitan, sedangkan yang dimaksudkan itu adalah jin yang berupa hantu. Jadi hantu itu tidak mustahil dari jin dan syaitan yang menyerupai makhluk lain untuk mengganggu dan merosakkan akidah orang Islam.

Kerana itu jika ada seseorang yang mendakwa dia boleh melihat jin, kita tak boleh dengan tergesa-gesa menghukum dia telah melakukan perkara yang kufur, sebaliknya hendaklah diperhalusi apa maksud perkataan dia boleh melihat jin. Berdasarkan jawapan dia itulah,  diletakkan hukum. Hukum itu pula bukan dilakukan oleh orang ramai, tetapi ia perlu dirujuk kepada ahli-ahli agama ataupun ustaz-ustaz yang memang dipercayai ilmu dan agama dia.


Cetak  
Wallahu a'lam