Seorang Mukmin Juga Mungkin Melakukan Kesilapan Dalam Beberapa Perkaa Aqidah

Kata Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah RH:

وبينا أن المؤمن الذي لا ريب في إيمانه قد يخطىء في بعض الأمور العلمية الاعتقادية فيغفر له كما يغفر له ما يخطىء فيه من الأمور العملية وأن حكم الوعيد على الكفر لا يثبت في حق الشخص المعين حتى تقوم عليه حجة الله التي بعث بها رسله

Maksudnya: "Kami telah jelaskan bahawa seorang mukmin yang tidak diragui imannya, boleh membuat kesilapan dalam beberapa perkara ilmiah berkaitan iktikad, dan dia diberi keampunan (oleh Allah) sepertimana dia diberi keampunan dalam perkara-perkara amali. Demikian juga hukuman ancaman kekufuran tidak thabit terhadap seseorang tertentu (yang thabit keislamannya) sehinggalah tertegak hujjah Allah yang dibawa oleh para Rasul ke atas orang tersebut." (Bughyah al-Murtad 1/311)

Dalam Minhaj al-Sunnah 5/239 beliau berkata:

أَنَّ الْمُتَأَوِّلَ الَّذِي قَصْدُهُ مُتَابَعَةُ الرَّسُولِ لَا يَكْفُرُ، بَلْ وَلَا يَفْسُقُ إِذَا اجْتَهَدَ فَأَخْطَأَ. وَهَذَا مَشْهُورٌ عِنْدَ النَّاسِ فِي الْمَسَائِلِ الْعَمَلِيَّةِ. وَأَمَّا مَسَائِلُ الْعَقَائِدِ فَكَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ كَفَّرَ الْمُخْطِئِينَ فِيهَا. وَهَذَا الْقَوْلُ لَا يُعَرَفُ عَنْ أَحَدٍ مِنَ الصَّحَابَةِ وَالتَّابِعِينَ لَهُمْ بِإِحْسَانٍ، وَلَا عَنْ أَحَدٍ مِنْ أَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ، وَإِنَّمَا هُوَ فِي الْأَصْلِ مِنْ أَقْوَالِ أَهْلِ البدع

Maksudnya: "Bahawa orang melakukan takwilan dengan tujuan mengikut Rasulullah, tidak dihukum kafir, bahkan tidak dihukum fasik apabila dia berijtihad dan tersasar. Hal ini suatu yang masyhur pada ramai orang dalam permasalahan amaliyyah. Adapun permasalahan akidah, ramai yang menghukum kafir apabila ada orang yang tersilap. Pandangan ini tidak diketahui dinyatakan oleh seorangpun dari kalangan sahabat dan tabi'en. Tidak juga dari seorangpun dalam kalangan para imam umat Islam. Ia pada asalnya hanyalah pandangan ahli bid'ah."


Cetak  
Wallahu a'lam