SDI 1895: Hukum Melakukan Sumpah Ke Atas Allah

Akidah Jumlah paparan: 49

Soalan:

Saya seorang pelajar tahun akhir, dan saya telah bersumpah bahawa saya akan memperoleh markah 100 pada tahun ini, dan saya melakukannya kerana sangat berbaik sangka kepada Allah Yang Maha Mulia dan Maha Agung. Adakah perbuatan ini dibenarkan?

Jawapan:

Pertama: Perbuatan anda seperti yang ditanya dinamakan: الإقسام على الله, iaitu bersumpah ke atas Allah. Ia termasuk dalam kategori bersumpah, seperti seseorang berkata kepada Tuhannya: “Aku bersumpah atas nama-Mu ya Allah, agar sekian-sekian yang Dikau akan lakukan,” atau dia berkata tentang perkara akan datang: “Demi Allah, perkara ini tidak akan berlaku,” atau “Demi Allah, perkara ini pasti akan berlaku.” Maka sumpah seperti ini termasuk dalam bentuk doa, dan boleh juga dalam bentuk pemberitahuan tentang sesuatu yang akan terjadi atau tidak akan terjadi.

Kedua: Dalil berkaitan perkara ini, antaranya:

Hadis al-Bukhari (2703) dan Muslim (1675) daripada Anas r.a:

أَنَّ الرُّبَيِّعَ وَهِيَ ابْنَةُ النَّضْرِ كَسَرَتْ ثَنِيَّةَ جَارِيَةٍ، فَطَلَبُوا الأَرْشَ، وَطَلَبُوا العَفْوَ، فَأَبَوْا، فَأَتَوُا النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَمَرَهُمْ بِالقِصَاصِ، فَقَالَ أَنَسُ بْنُ النَّضْرِ: أَتُكْسَرُ ثَنِيَّةُ الرُّبَيِّعِ يَا رَسُولَ اللَّهِ، لاَ وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالحَقِّ، لاَ تُكْسَرُ ثَنِيَّتُهَا، فَقَالَ: يَا أَنَسُ كِتَابُ اللَّهِ القِصَاصُ، فَرَضِيَ القَوْمُ وَعَفَوْا، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ مَنْ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ."

“Bahawa al-Rubayyi’ binti al-Nadr telah mematahkan gigi seorang gadis. Lalu kaum al-Rubayyi’ minta agar kaum gadis tersebut menerima diat  dan permohonan maaf. Namun keluarga gadis itu enggan. Mereka datang kepada Nabi dan Baginda memerintahkan agar dilaksanakan qisas. Maka Anas bin al-Nadr (bapa saudara - عم - Anas bin Malik) berkata: “Adakah akan dipatahkan gigi al-Rubayyi’ wahai Rasulullah? Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, tidak akan dipatahkan giginya!” Maka Rasulullah bersabda: “Wahai Anas, hukum Allah ialah qisas.” Lalu kaum gadis yang dipatahkan giginya itu reda dan bersetuju memberi maaf. Maka Nabi bersabda: “Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah, ada yang jika dia bersumpah atas nama Allah, nescaya Allah akan memperkenankannya.”

Hadis tambahan daripada al-Fazari (الفَزَارِيُّ) daripada Humaid daripada  disebutkan:

فَرَضِيَ القَوْمُ وَقَبِلُوا الأَرْشَ

“Mereka bersetuju memberi maaf dan menerima diat tersebut.”

Dalam hadis Muslim (2622) daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah bersabda:

رُبَّ أَشْعَثَ، مَدْفُوعٍ بِالْأَبْوَابِ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللهِ لَأَبَرَّهُ

“Ada orang yang rambutnya kusut masai dan diusir dari pintu-pintu (orang besar), namun jika dia bersumpah atas nama Allah, nescaya Allah akan memperkenankannya.”

Ketiga: Penjelasan Ulama

Sumpah ke atas Allah dibolehkan jika didorong oleh kekuatan iman dan keyakinan kepada Allah, bukan kerana rasa ghurur atau takabbur terhadap diri sendiri. Namun, suatu yang lebih baik dan utama ialah tidak melakukannya, kerana dikhuatiri ada unsur memuji diri.

Kata Ibn Hajar al-‘Asqalani ketika menghuraikan perkataan Nabi Sulaiman عليه السلام dalam hadis Nabi SAW:

لَأَطُوفَنَّ اللَّيْلَةَ عَلَى تِسْعِينَ امْرَأَةً، كُلٌّ تَلِدُ غُلاَمًا يُقَاتِلُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

“Malam ini aku akan mengelilingi sembilan puluh isteriku, masing-masing akan melahirkan seorang anak lelaki yang akan berjuang di jalan Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari 6720, Muslim 1654)

Ibn Hajar menjelaskan dalam Fath al-Bari (11/606):

واختلف في الذي حلف عليه، هل هو جميع ما ذُكر، أو دورانه على النساء فقط دون ما بعده من الحمل والوضع وغيرهما؟ والثاني أوجه؛ لأنه الذي يقدر عليه، بخلاف ما بعده، فإنه ليس إليه، وإنما هو مجرد تمني حصول ما يستلزم جلب الخير له، وإلا فلو كان حلف على جميع ذلك لم يكن إلا بوحي، ولو كان بوحي لم يتخلف، ولو كان بغير وحي لزم أنه حلف على غير مقدور له، وذلك لا يليق بجنابه. قلت [أي: الحافظ ابن حجر] : وما المانع من جواز ذلك، ويكونُ [يعني: حلفه] لشدة وثوقه بحصول مقصوده، وجزم بذلك، وأكد بالحلف، فقد ثبت في الحديث الصحيح: (إن من عباد الله من لو أقسم على الله لأبره

“Berlaku perselisihan pandangan tentang perkara yang Nabi Sulaiman عليه السلام bersumpah atasnya. Adakah sumpah itu merangkumi semua perkara yang disebut (iaitu menggilir isteri-isterinya, hamil, melahirkan dan sebagainya), ataukah hanya berkenaan perbuatan baginda menggilir para isteri sahaja tanpa perkara selepasnya seperti kehamilan, kelahiran dan selainnya? Pendapat kedua lebih kuat (hanya menggilir para isteri baginda), kerana itulah perkara yang berada dalam kemampuannya; sedangkan perkara selepas itu bukan dalam kekuasaannya, bahkan hanyalah berupa harapan agar terhasil sesuatu yang membawa kebaikan baginya. Jika sumpah itu mencakupi semua perkara yang disebut, nescaya ia tidak akan berlaku kecuali dengan wahyu. Jika benar dengan wahyu, maka mustahil ia tidak berlaku. Tetapi jika tanpa wahyu, maka itu bererti beliau bersumpah atas sesuatu yang bukan dalam kemampuannya, dan hal itu tidak sesuai dengan kedudukan baginda. Aku (yakni al-Hafiz Ibn Hajar) berkata: “Apakah halangan bagi keharusan perkara itu? Boleh jadi sumpahnya itu disebabkan oleh kuatnya keyakinan baginda akan tercapai maksudnya, dan beliau menegaskan hal tersebut dengan sumpah. Maka telah sahih dalam hadis: “Sesungguhnya di antara hamba-hamba Allah, ada yang jika bersumpah atas nama Allah, nescaya Allah memperkenankannya.”

al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim (16/175), menyatakan:

 (لو أقسم على الله لأبره) أي لو حلف على وقوع شيء، أوقعه الله إكراما له، بإجابة سؤاله، وصيانته من الحنث في يمينه، وهذا لعظم منزلته عند الله تعالى، وإن كان حقيرا عند الناس.وقيل: معنى القسم هنا: الدعاء، وإبرارُه: إجابته

Maksud sabda Nabi : “Jika dia bersumpah atas nama Allah, Allah akan memperkenankannya” ialah, sekiranya seseorang bersumpah sesuatu akan berlaku, maka Allah menjadikannya berlaku sebagai satu kemuliaan kepadanya dengan memustajabkan permintaannya dan memelihara orang itu agar sumpahnya tidak dilanggar, kerana kedudukan tinggi orang tersebut di sisi Allah, sekalipun dia dipandang hina oleh manusia. Ada juga yang menafsirkan sumpah seperti ini sebagai satu bentuk doa, dan maksud “Allah mengibrarkannya” ialah Allah mengabulkan doanya.”

Al-Syaikh Ibn ‘Uthaymin pernah ditanya: “Adakah boleh seseorang bersumpah atas nama Allah?”

الإقسام على الله أن يقول الإنسان: والله لا يكون كذا وكذا، أو والله لا يفعل الله كذا وكذا. والإقسام على الله نوعان: أحدهما: أن يكون الحامل عليه قوة ثقة المقسم بالله -عز وجل-، وقوة إيمانه به، مع اعترافه بضعفه وعدم إلزامه الله بشيء: فهذا جائز. ودليله قوله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَرب أشعث أغبر مدفوع بالأبواب لو أقسم على الله لأبره ، ودليل آخر واقعي، وهو حديث أنس بن النضر حينما كسرت أخته الربيّع سنا لجارية من الأنصار، فطالب أهلها بالقصاص، فطلبوا إليهم العفو فأبوا، فعرضوا الأرش فأبوا، فأتوا رسول الله -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فأبوا إلا القصاص، فأمر رسول الله -صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- بالقصاص، فقال أنس بن النضر: أتكسر ثنية الربيع؟ لا والذي بعثك بالحق لا تكسر ثنيتها، فقال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "يا أنس، كتاب الله القصاص"!! فرضي القوم، فعفوا، فقال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "إن من عباد الله من لو أقسم على الله لأبره ، وهو -رضي الله عنه-لم يقسم اعتراضا على الحكم، وإباء لتنفيذه، فجعل الله الرحمة في قلوب أولياء المرأة التي كُسِرتْ سنُّها، فعفوا عفوا مطلقا، عند ذلك قال الرسول صلى الله عليه وسلمإن من عباد الله من لو أقسم على الله لأبره. فهذا النوع من الإقسام: لا بأس به. النوع الثاني: من الإقسام على الله: ما كان الحامل عليه الغرور والإعجاب بالنفس، وأنه يستحق على الله كذا وكذا، فهذا والعياذ بالله محرم، وقد يكون محبِطا للعمل، ودليل ذلك أن رجلا كان عابدا، وكان يمر بشخص عاص لله، وكلما مر به نهاه فلم ينته، فقال ذات يوم: والله لا يغفر الله لفلان -نسأل الله العافية- ؛ فهذا تحجر رحمة الله لأنه مغرور بنفسه، فقال الله -عز وجل-: من ذا الذي يتألى علي ألّا أغفر لفلان؟! قد غفرت له، وأحبطت عملك" [رواه مسلم 2621]. قال أبو هريرة: "تكلم بكلمة، أوبقت دنياه وآخرته . ومن هذا نأخذ: أن مِنْ أضرِّ ما يكون على الإنسان اللسان...

Sumpah atas nama Allah dengan seseorang berkata: “Demi Allah, tidak akan berlaku sekian-sekian”, atau: “Demi Allah, Allah tidak akan melakukan sekian-sekian”. Sumpah atas nama Allah ada dua jenis; Pertama: Didorong oleh keyakinan kepada Allah dan keimanan yang kuat, disertai dengan pengakuan terhadap kelemahan diri dan tidak bermaksud memaksa Allah. Maka ini dibenarkan. Dalilnya ialah hadis Nabi SAW: “Ada orang yang rambutnya kusut masai dan diusir dari pintu-pintu (orang besar), namun jika dia bersumpah atas nama Allah, nescaya Allah akan memperkenankannya.” Dalil lain ialah hadis Anas bin al-Nadr ketika mana saudara perempuannya al-RUbayyi’ telah mematahkan gigi seorang gadis Ansar. Lalu keluarga gadis itu meminta dilaksanakan qisas. Manakala keluarga Anas meminta kemaafan, namun mereka enggan menerimanya, sebaliknya kekal mahu qisas dilaksanakan. Lalu Nabi SAW memerintahkan agar dilaksanakan qisas. Kata Anas bin Nadhar: “Apakah akan dipatahkan gigi al-Rubayyi’”? Tidak, demi Allah yang mengutuskan dikau membawa kebenaran, tidak akan dipatahkan gigi al-Rubayyi.’” Sabda Nabi SAW: “Wahai Anas, ketetapan dalam kitab Allah adalah qisas.” Lalu selepas itu, kaum gadis yang dipatahkan giginya itu bersetuju memberi kemaafan. Sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya dalam kalangan hamba Allah, ada orang yang apabila dia bersumpah ke atas Allah, pasti Allah akan memperkenankannya.” Anas bin Nadhar tidak bersumpah kerana membantah hukum dan bukan kerana enggan melaksanakan hukum tersebut. Lalu Allah campakkan rasa belas ke dalam hati kaum gadis yang dipatahkan giginya itu, lalu Allah jadikan kaum itu bersetuju memberi kemaafan umum dan Nabi pun bersabda: “Sesungguhnya dalam kalangan hamba Allah, ada orang yang apabila dia bersumpah ke atas Allah, pasti Allah akan memperkenankannya.” Ini termasuk dalam bersumpah ke atas Allah yang dibenarkan. Kedua, didorong oleh rasa sombong dan kagum terhadap diri semdiri, seolah-olah dia berhak memaksa Allah untuk memenuhi kehendaknya. Ini haram dan boleh membatalkan amalan soleh yang dilakukan. Buktinya ialah kisah seorang lelaki ahli ibadah yang melalui seorang ahli maksiat. Lelaki itu menegur ahli maksiat tersebut setiap kali melihat maksiat yang dilakukannya. Namun ahli maksiat kekal berterusan melakukan maksiatnya. Lalu lelaki ahli ibadah itu berkata: “Demi Allah, Allah tidak akan mengampuni si fulan,” Lelaki ahli ibadah ini telah menghalang rahmat Allah untuk orang lain kerana dia telah tertipu dan terpedaya dengan dirinya sendiri. Lalu Allah berfirman: “Siapakah yang berani menentukan bahawa Aku tidak akan mengampuni fulan? Aku telah mengampuninya dan membatalkan amalmu.” (Riwayat Muslim 2621) Kata Abu Hurairah: “Lelaki ahli ibadah itu telah mengucapkan satu kalimah yang membinasakan dunia dan akhiratnya.” Daripada hal ini kita dapat mengambil pengajaran bahawa antara perkara yang paling berbahaya bagi manusia ialah lidahnya.”

al-Syaikh ‘Abd al-Karim al-Khudayr pernah ditanya tentang ucapan seseorang yang berkata: “Aku bersumpah atas nama-Mu ya Allah agar Engkau permudahkan urusanku,” kerana kuatnya harapan orang tersebut kepada Allah. Beliau menjawab:

جاء في الحديث: إن من عباد الله من لو أقسم على الله لأبره [البخاري: 2703]، لكن هذا النوع من عباد الله ممن عُرِف بالصلاح، واشتهر به ولزم التقوى وترك المخالفات، ولم يفرِّط في شيء من الواجبات، ولا يُشترط في ذلك أن يكون معصومًا، لكن ديدنه تقوى الله -جل وعلا-، فإذا وصل إلى هذه المرتبة، ووقع في ضائقة، أو احتاج إلى مثل هذا؛ فلا مانع من أن يقول ذلك، ويكون من النوع الذي لو أقسم على الله لأبره، إذا سلم من شائبة تزكية النفس؛ لأنه قد يُشم من مثل هذا الكلام أنه يزكي نفسه، وأنه وصل إلى هذه المرحلة، لكن إذا وقع في ضائقة، وضاقت به السبل، وقال ذلك مع حسن ظنه بالله -جل وعلا- وقوة رجائه له -كما في السؤال- فإن من عباد الله من لو أقسم على الله لأبره. لكن الذي يظهر -والله أعلم- أنه لا يَسلم من شائبة التزكية، فلا يحرص الإنسان عليها، إلا إذا اضطر إليها

Hadis sahih menyebut: “Sesungguhnya di antara hamba Allah, ada yang jika bersumpah atas nama Allah, nescaya Allah memperkenankannya.” (al-Bukhari 2703) Namun hal ini hanya berlaku bagi orang yang terkenal dengan ketaatan, melazimi ketakwaan, meninggalkan perkara yang salah dan tidak mengabaikan apa-apa kewajipan. Tidak menjadikan syarat orang itu seorang yang terpelihara dari kesalahan, akan tetapi menjadi kebiasaannya adalah melazimi ketaqwaan kepada Allah. Jika seseorang mencapai tahap ini dan dia berada dalam kesusahan, atau dia sangat terdesak melakukan sumpah seperti ini, maka tidak mengapa dia bersumpah sedemikian dan ia termasuk dalam kumpulan perbuatan sumpah yang jika dilakukan, pasti akan diperkenankan oleh Allah. Jika dia terlepas daripada unsur memuji diri sendiri, kerana boleh jadi dari ucapan seperti ini terhidu seolah-olah dia sedang memuji dirinya dan menganggap dirinya telah mencapai tahap tersebut. Namun, jika dia berada dalam kesempitan dan jalan keluar tertutup baginya, lalu dia mengucapkannya dengan penuh husnuzon (baik sangka) kepada Allah dan kuat pengharapannya kepada Allah seperti yang disebut dalam soalan, maka sesungguhnya dalam kalangan hamba Allah, ada orang yang apabila dia bersumpah atas nama Allah, pasti Allah akan perkenankannya. Namun yang jelas – Allah sahaja yang lebih mengetahui – sukar untuk selamat dari unsur mensucikan diri. Maka jangan membiasakan diri bersumpah atas nama Allah kecuali dalam keadaan terpaksa sahaja.”

Kesimpulan:
Dibolehkan bersumpah atas nama Allah dengan niat yang benar dan keyakinan kepada-Nya, disertai rasa rendah diri dan pengakuan akan kelemahan diri, bukan kerana rasa bangga atau ujub terhadap diri sendiri. Sekalipun yang lebih baik ialah meninggalkannya. 
Namun jika dilakukan benar-benar kerana baik sangka dan penuh harapan kepada Allah, maka tidak mengapa.

 

Cetak
Wallahu a'lam