Virus Korona perlu dihadapi dgn iman dan suluhan ilmu

- tidak mematuhi langkah2 pencegahan dr pihak berautoriti.
- nak selamat dari virus korona datang ke masjid.
- buat apa nak takut dgn virus, dia makhluk Allah juga.

dan kenyataan2 lain yg seumpamanya adalah SALAH.

Mengapa salah?

Salah kerana kenyataan2 seumpama ini hanya merujuk kepada Allah sebagai Tuhan Yang Maha Berkuasa.

Sedangkan Allah, bukan sahaja tuhan Yang Maha Berkuasa dan mampu berbuat apa sahaja, bahkan Dia juga tuhan yang Maha Bijaksana dan Maha Lembut (اللطيف) lagi Maha Adil dan tidak akan menzalimi hamba2-Nya.

Allah Yang Maha Bijaksana tidak akan berbuat sesuatu melainkan dibuatkan juga sebab-musababnya.

Maka beriman kepada Allah yang Maha Berkuasa menjadikan kita redha dgn semua taqdirNya yang telah berlaku ke atas kita.

Beriman kpd Allah Yang Maha Adil dan tidak menzalimi hamba2-Nya menjadikan kita berbaik sangka dgn setiap ketentuan-Nya ke atas kita.

Beriman kpd Allah sebagai tuhan yang Maha Bijaksana pula akan mendorong kita mencari sebab memperolehi keselamatan dan menolak kemudharatan.

Cuai dr tiga perkara asas dlm bab beriman kpd takdir ini akan menjadikan pincang kefahaman dan pendirian kita.

 
 
 

Cetak  
Wallahu a'lam