SDI 0428: Hadis 'Aisyah Cari Jarum Terjatuh Dgn Cahaya Wajah Nabi adalah Dhoief

Akidah Jumlah paparan: 1634
Soalan:

Sayidatina Aisyah ra meriwayatkan, "Aku pernah menjahit baju di bilikku, tiba-tiba lampu padam, bilik menjadi gelap dan jarum terjatuh. Ketika aku cuba meraba-raba mencari jarum itu, tiba-tiba Nabi SAW datang kepadaku dari pintu bilik. Baginda mengangkat lampu dan wajahnya. Demi Allah yang tiada Tuhan selainnya, sesungguhnya telah terang setiap penjuru bilik dengan cahaya wajah Baginda sehinggalah aku dapat menjumpai kembali jarumku, kerana nur yang memancar. Kemudian aku menghadap kepadanya, lalu aku berkata: “Engkau lebih mulia daripada ayah dan ibuku wahai Rasulullah. Sungguh terang cahaya wajahmu.” Nabi SAW berkata: “Wahai Aisyah, rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat.” Aku bertanya: “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Rugi besar kepada sesiapa yang tidak dapat melihatku pada hari Kiamat.” Aku (Aisyah) bertanya lagi: “Siapakah yang tidak boleh melihat engkau pada hari Kiamat wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Mereka yang ketika namaku disebut di sisi mereka, dia tidak berselawat ke atasku”. (Riwayat Ahmad & Tarmizi)

Hadis ini tidak ada dlm Musnad Ahmad mahupun Sunan alTirmizi.

Sblknya terdpt di dlm alHilyah oleh Abu Nu'aiem dan Kanz alUmmal dan penulisnya menisbahkan kpd Ibn 'Asakir. Hadis ini sanadnya Dhoief.

Hadis ini juga bertentangan dgn hadis dlm sahih muslim menceritakan aisyah pernah kehilangan nabi d tempat tidur. Lalu beliau meraba2 mencari nabi dan tersentuh kaki baginda sedang sujud. Ketika itu baginda di dlm masjid baginda membaca:

ُ اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ لَا أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِك

Syeikh Abd alRazzaq Abd alMuhsin alBadr menyatakan hadis Sahih Muslim ini membuktikan cahaya yg dimaksudkan pd Nabi SAW adlh cahaya maknawi bukan hissi. Jika cahaya pd wajah nabi itu cshaya hissi sudah tentu aisyah tidak perlu meraba2 mencari baginda.

Cetak
Wallahu a'lam