SDI 0326: Apakah Salsabila yang Disebut di Dalam al-Quran?

Al-Quran dan Ulumnya Jumlah paparan: 2663

Soalan:

Assalamualaikum ustaz, boleh saya bertanya? Saya ada persoalan berkenaan surah al-insaan ayat 18. Dalam surah tu ada sebut tentang "salsabil". Salsabil tu maksudnya mata air syurga kan ustaz? Salsabil ni nama umum ka ustaz maksudnya boleh berubah-ubah. Ada kawan saya nama dia salsabilah, dia kata ustazah dia kata salsabilah tu maksudnya mata air syurga untuk perempuan berdasarkan ayat dalam surah tu. Itu yang saya mahu tahu, betulkah tu? Sebab saya tengok salsabil tu macam nama khas macam Sabah, macam pelik pula untuk perempuan Sabahah kan. Saya harap dapat jawapan penjelasan daripada ustaz.

Jawapan:

Salsabila adlh mata air di dlm syurga yg diminum oleh penghuninya. Setakat semakan saya, tidak ditemui dakwaan yg mengatakan ia khusus utk wanita shj.

Dr sudut makna, antara yg disebut ia bermaksud air yg baik lg lazat.

Cetak
Wallahu a'lam