SDI 0780: Hukum Menulis Basmalah Pada Kad Jemputan

 
Soalan:
 
As salam, tn, nak tnya ckit. Bolehkah dlm surat jmputan kawin d tulis bismillah...Rahim. Nabi prnah tulis surat kpd pmbesar2 rom. Jzkallah khaira. T.K. Wsslm
 
Jawapan:
 
Pada asalnya, disyariatkan menulis Basmalah (بسم الله الرحمن الرحيم) sebagai permulaan penulisan jika ia selamat dari diabai dan dihina. Bukti dalam hal ini antaranya adalah surat Nabi SAW yang dihantarkan kepada Qaisar, terdapat di dalamnya:
 
بسم الله الرحمن الرحيم، من محمد عبد الله ورسوله
 
Namun, memulakan tulisan Basmalah dalam surat atau kad jemputan bukan suatu yang wajib dan tidak berdosa meninggalkannya. Rasulullah SAW sendiri pernah membatalkan tulisan Bismillahir Rahmanir Rahim dan menggantikan dengan Bismikallahumma بسمك اللهم dalam peristiwa perjanjian Hudaibiyyah bagi memenuhi permintaan orang-orang Quraisy. 
 
Oleh itu jika diyakini Basmalah yang ditulis pada kad jemputan kahwin atau seumpamanya akan dibuang begitu sahaja dan terhina, maka hendaklah dijauhi dari menulisnya.

Cetak  
Wallahu a'lam