SDI 0596: Sahkah Solat Jika Imam Membaca اهدنا الصِّراط Dengan اهْدِنا السِّرَاط?

Soalan:  
 
Assalaamu'alaikum ustaz. Maaf kerana mengganggu. Kalau ustaz tak keberatan, saya nak bertanya. 
Mahgrib tadi saya jadi imam di tempat kerja. Selepas solat, ada seorang makmum tegur. Katanya dalam rakaat kedua ketika baca surah al fatihah, saya baca sirotolladzi sebagai huruf sin dan bukan huru sod. Perlu ke kami ulang solat semua ye ustaz? Maaf sekali lagi kerana mengganggu. 
 
Jawapan: 
 
Waalaikumussalam warahmatullah. 
 
Solat anda SAH. Kesilapan seperti ini TIDAK menjejaskan solat dan solat itu tidak perlu diulang. Bahkan sememangnya ada bacaan kalimah الصراط sebagai السراط iaitulah berdasarkan bacaan Qunbul dan Ruwais (قنبل ورويس). 
 
Di dalam Tafsir alBahr alMuhith dinyatakan الصراط asalnya adalah dengan huruf س dari kalimah السَرْط bermaksud jalan yang jelas (اللقم). Dari itu dinamakan alToriq (الطريق) dengan اللقم iaitulah jalan yang jelas. Bacaan dengan س adalah yang asal, Qunbul dan Ruwais membacanya. Manakala menukarkan س dengan ص adalah yang fusha atau yang fasih dan ia adalah lughah Quraisy. Inilah yang dibaca oleh Jumhur dan yang ditulis di dalam mashaf Imam. (alBahr alMuhith 1/26 oleh Athir alDin Abu 'Abdillah Muhammad bin Yusuf alAndalusi)

Cetak  
Wallahu a'lam