Bagaimana Bacaan وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُونَاْ

Al-Quran dan Ulumnya Jumlah paparan: 271

Soalan:

Ustaz, bagaimana sebutan bacaan Alif di hujung perkataan Zhunun وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُوْنَاْ dari surah al-Ahzab ayat 10?

Jawapan

Huruf "Alif" di hujung kalimah الظُّنُوْنَاْ termasuk dalam huruf Alif yang tujuh (الألفات السبع) yang ada di dalam alQuran. Terdapat tanda bulat kecil di atasnya (الظُّنُوْنَاْ)

Cara bacaannya ialah: "Dibaca ketika bacaan berhenti (الوقف), tidak dibaca ketika bacaan sambung (الوصل)".

Maka kalimah الظُّنُونَا ketika akan berhenti dihujungnya (bacaan الوقف), dibaca "Wa tazhunnuuna billaahiz zhunuunaa (yang bold dan bergaris dibaca dengan mad)." Manakala ketika bacaan sambung atau الوصل dengan ayat selepasnya:     

…}وَبَلَغَتِ ٱلۡقُلُوبُ ٱلۡحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِٱللَّهِ ٱلظُّنُونَا۠} {هُنَالِكَ ٱبۡتُلِیَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَزُلۡزِلُوا۟ زِلۡزَالࣰا شَدِیدࣰا{

"Wa tazhunnuuna billaahiz zhunuuna (dibaca tanpa mad) hunaalika..."

Hukum ini sama dengan Alif pada kalimah-kalimah lain yang terdapat tanda bulat kecil di atasnya, tujuh Alif ke semuanya, iaitulah:
 
1. Alif bagi setiap kalimah أناْ, antaranya dalam surah al-Syu'araa' ayat 115: إِنْ أَنَاْ إِلاَّ نَذِيرٌ مُّبِينٌ.
2. Alif pada kalimah لَكِنَّاْ  dalam surah al-Kahf ayat 38: لَكِنَّاْ هُوَ اللهُ رَبِّي di mana asal ayatnya ialah لَكِنْ أَنَا.
3. Alif pada kalimah  الرَّسُولاْ dalam surah al-Ahzab ayat 66: وَأَطَعْنَا الرَّسُولاْ.
4. ALif pada kalimah  السَّبِيلاْ dalam surah al-Ahzab ayat 67: فَأَضَلُّونَا السَّبِيلاْ.
5. Alif pada kalimah سَلَاسِلاْ dalam surah al-Insan ayat 4: إِنَّآ أَعْتَدْنَا لِلْكَفِرِينَ سَلَاسِلاْ.
6. Alif pada kalimah قَوَارِيرَاْ dalam surah al-Insan ayat 15: وَأَكْوَابٍ كَانَتْ قَوَارِيرَاْ.
7. Alif pada kalimah ٱلظُّنُونَا۠ dalam surah al-Ahzab ayat 10: وَتَظُنُّونَ بِٱللَّهِ ٱلظُّنُونَا۠.
 
 
Cetak
Wallahu a'lam