Persoalan-persoalan terpenting yang disentuh di dalam surah al-Baqarah, antaranya:
1. Menyebut sifat-sifat manusia, di mana surah al-Baqarah membahagikan mereka kepada tiga kumpulan; orang yang beriman, orang kafir dan orang munafik.
2. Pesanan atau perintah kepada seluruh manusia agar mengabdikan diri kepada tuhan yang sebenar iaitulah ALlah SWT, menyebut nikmat-nikmat yang ALlah telah kurniakan kepada mereka semua, sebagai bukti Allahlah satu-satunya tuhan yang berhak disembah. Dalam masa yang sama memberi peringatan kepada mereka yang tidak mematuhi perintah ini dan memberi khabar gembira kepada mereka yang taat dengan bakal menerima anugerah dan nikmat yang berkekalan berupa syurga.
3. Menyebut tentang permulaan ciptaan manusia dan perbualan ALlah dengan para malaikat-Nya.
4. Kisah penempatan Nabi Adam AS di dunia dan kisah baginda dengan syaitan.
5. Menyerbut kisah-kisah utama yang berlaku ke atas Bani Israil.
6. Kisah ujian Nabi Ibrahim dengan al-Kalimat, baginda membina Kaabah bersama dengan putera baginda Ismail, demikian juga pesanan baginda kepada putera-putera lain dan Yaakub, juga pesanan Yaakub kepada putera baginda.
7. Menyatakan beberapa hukum-hakam ibadat berkaitan dengan solat, sedekah, puasa dan haji. Juga berkaitan dengan muamalat seperti riba, hutang dan al-Rahnu. Disentuh juga berkaitan kekeluargaan seperti pernikahan, talak, al-Ilaa' dan iddah dan beberapa hukum-hakam lain.
8. Menyerbut beberapa bukti bagaimana ALlah menghidupkan manusia yang telah mati, antaranya kisah qatil Bani Israil atau mangsa bunuh Bani Israil sehingga turunnya perintah disembelih seekor lembu, kisah mereka yang dikenakan petir sehingga mematikan kemudian dibangkitkan semula, kisah mereka yang keluar dari kampung halaman kerana takutkan kematian, kisah orang yang melalui satu negeri yang telah runtuh binaannya, lalu dia bertanya bagaimana ALlah membangunkan semula negeri ALlah, lalu ALlah mematikannya selama seratus tahun kemudian menghidupkannya semula, dan kisah Nabi Ibrahim yang meminta ditunjukkan bagaimana ALlah menghidupkan apa yang telah mati, bagi mencapai tahap ainul yakin, lalu ditunjukkan bagaimana ALlah menghidupkan burung.
9. Kisah Talut dan Marut bersama pembesar-pembesar Bani Israil selepas Nabi Musa AS.
10. Kisah orang yang berhujjah dengan Nabi Ibrahim membantah dengan sombong tentang ALlah SWT.