Surah al-A'raf: 19

Al-Quran dan Ulumnya Jumlah paparan: 416

Firman Allah SWT:

وَيَٰٓـَٔادَمُ ٱسْكُنْ أَنتَ وَزَوْجُكَ ٱلْجَنَّةَ فَكُلَا مِنْ حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ ٱلشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ ٱلظَّٰلِمِينَ

Maksudnya: “(dan Allah berfirman): "Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan isterimu di surga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini[1], lalu menjadilah kamu berdua Termasuk orang-orang yang zalim." (al-A'raf: 19) 

------------------------------------- 

[1] Larangan ini sebagai ujian kepada baginda berdua (Adam dan Hawa). Para ulama berbeza pandangan pokok apakah yang dilarang tersebut dari didekati. Ibn Kathir menyertakan enam pandangan ulama dalam menerangkan pokok apa yang dimaksudkan. Setelah itu beliau berkata:

“Kata al-Imam al-‘Allamah Abu Jaafar bin Jarir RH: “Dan yang benar dalam hal ini, sesungguhnya Allah Yang Maha Agung telah melarang Adam dan siteri baginda memakan dari hasil salah satu pokok di dalam syurga bukan kesemua pokok. Namun mereka berdua memakannya. Dan tiada pengetahuan di sisi kita apakah pokok tersebut? Kerana Allah tidak memberi sebarang bukti/petanda untuk mengetahuinya di dalam al-Quran mahupun di dalam al-Sunnah yang sahih. Ada yang berkata pokok tersebut adalah pokok barli, dikatakan juga pokok anggur, dikatakan juga pokok Tin. Harus ia dari salah satu pokok-pokok tersebut. Demikian itu adalah satu ilmu. Jika diketahui, bermanfaat untuk orang yang mengetahuinya. Jika tidak diketahui, tidak mendatangkan mudharat kepada yang tidak tahu tentangnya.”

Seterusnya Ibn Kathir berkata: “dan inilah pandangan yang benar.”

Cetak
Wallahu a'lam