Seru kepada alQuran & Sunnah, difitnah tolak ulama

Dakwah Jumlah paparan: 623

 

Kita seru orang kepada al-Quran dan Sunnah, orang kata kita tolak ulama.  Tak pernah kita tolak ulama. Kitab syeikh Idris ini, bukankah Syeikh Idris Marbawi itu ulama? Kalau tolak ulama buat apa baca kitab Bahrul Mazi? Buka al-Quran berdasarkan kefahaman saya lah. buka Bukhari Muslim berdasarkan kefahaman saya lah. Tidak, kita tak buat begitu.

Kita baca kitab para ulama. Kerana ulama itu panduan, rujukan kita untuk memahami al-Quran dan Sunnah. Begitulah.

Orang ni, Macam tulah, dia fitnah selagi dia boleh bercakap, dia fitnah apa yang dia suka. Walaupun dia ustaz.  Dia kata orang tak ikut ulama. Kadang-kadang dia yang tuduh kita tak ikut ulamak tu, dia sendiri rujuk ulamak mana kita tak tahu. Dia sebut ikut dan dia sahaja. Ulama ini kata, ulama itu kata. Siapa dia ulama yang dikatakan itu? Cuba bagitahu. Rupa-rupanya tak ada. Mereka mereka-reka amalan agama, kemudian mereka kata ulama kata. Bila kita kata amalan ini tak betul. Mereka akan kata kita tak ikut ulama. itulah yang berlaku fitnah pada hari ini.

Cetak
Wallahu a'lam