Soalan:
Salam ustaz,
adakah amalan mlm nisfu sayaaaban di masjid2 seperti bacaan yasin 3x, tahlil akhbar dari nabi saw atau sahabatnya.
Apakah amalan nabi saw di mlm nifsu yang sahih.
terima kasih.
Jawapan:
TIDAK ADA apa2 bacaan khusus atau apa2 amalan khusus pd hari nisfu Sayaaaban mahupun pd malamnya.
Cuma ada bbrapa hadis yang menyebut ttg kelebihannya. Sbhgian daripdanya tidak layak dijadikan hujjah kerana kelemahannya. Manakala sbhgian yang lain ada perselisihkan dalam kalangan ulama dalam menghukum samada hadis ttgnya boleh diterima dengan sokongan dan penguat atau sokongan dan penguat yang ada tidak dapat saling kuat-menguatkan antara satu dengan yang lain.
Antara hadis tersebut ialah yang diriwayatkan oleh alBaihaqi di dalam Sayau'ab al-Iman daripd Abi Tha'labah alKhusayaaniy RA yang berkata, Nabi SAW bersabda:
إذا كان ليلة النصف من شعبان اطلع الله إلى خلقه، فيغفر للمؤمنين، ويملي للكافرين، ويدع أهل الحقد بحقدهم حتى يدعوه
Maksudanya: "Apabila malam nisfu Sayaaaban, Allah akan memerhatikan para hambaNya, lalu Allah memberi keampunan kpd org2 yang beriman dan membiarkan (tidak diberi keampunan) untuk org2 kafir, meninggalkan org2 yang dengki dengan kedengkiannya sehinggalah org itu meninggalkan dengki itu." (Al-Albani menilai hadis ini Hasan di dalam Sahih alJami' (771). Dalam Sahih alTarghib (2771) beliau berkata; "Sahih Li Ghairih." Namun alDaraqutniy memberi komentar ttg hadis ini dengan berkata: "dan hadis ini mudhtorib, tidak thabit."
Daripd Abu Musa RA, katanya Rasulullah SAW bersabda:
إن الله ليطلع في ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه، إلا لمشرك أو مشاحن"
Maksudanya: "Sesungguhnya Allah akan memerhatikan keseluruhan para hambaNya pd malam nisfu Sayaaaban, dan Allah akan memberi keampunan kpd semua mereja melainkan org musayarik dan yang saling bermusuhan."
Kata alAuza'ie: "yang dimaksudkan dengan "yang saling bermusuhan" di sini ialah pembuat bid'ah yang memecah-belahkan kesatuan umat." (Lihat alSilsilah alAhadith alSahihah 4/87. Hadis ini juga dihukum sbagi Idhtirob -tidak kukuh- oleh sbhgian ulama lain)
Jika diandaikan hadis ini sahih sklipun. Ia sama sekali tidak menunjukkan ada ssuatu amalan KHUSUS untuk dilakukan pd malam dan siang nisfu sayaaaban spt mmbaca surah yasin 3x dan seumpamanya. Demikian juga tiada lafaz doa khusus yang perlu dibaca.