Giatkan Sebaran Dakwah Sunnah BUKAN Hanya Minat Dengan Jawapan Dan Bantahan Sahaja

Dakwah Jumlah paparan: 722
Soalan: 

> Iezam:

๐Ÿ”ดAssalamualaikum ustaz apa yg perlu kita jwb dengan penghantar msg seperti ini utk memperbetulkan pemahamannya

 

Jawapan:

Ada beberapa perkara yang jika kita layan dan jawab, ia hanya menambahkan perbalahan sahaja. Saya cadangkan kita menggiatkan usaha dakwah iaitu memberi bimbingan kepada masyarakat untuk mengamalkan zikir pagi dan petang seperti yang diajar oleh Rasulullah SAW.

Jika merujuk kepada screenshot yang dikongsikan, iaitulah anjuran membaca bismillah tujuh, tiga kali pada pagi dan petang hari, saya nyatakan amalan tersebut bukan dari sunnah Nabi SAW. Bahkan Nabi SAW telah ajarkan kepada kita zikir khas untuk memohon perlindungan daripada Allah, dibaca pada pagi dan petang hari.

Antara zikir dan doa tersebut ialah:

Daripada Abdullah bin โ€˜Umar RA katanya: โ€œRasulullah SAW tidak pernah meninggalkan ungkapan-ungkapan doa ini ketika petang dan pagi:

ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฅูู†ู‘ููŠ ุฃูŽุณู’ุฃูŽู„ููƒูŽ ุงู„ู’ุนูŽุงูููŠูŽุฉูŽ ูููŠ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง ูˆูŽุงู„ู’ุขุฎูุฑูŽุฉูุŒ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฅูู†ู‘ููŠ ุฃูŽุณู’ุฃูŽู„ููƒูŽ ุงู„ู’ุนูŽูู’ูˆูŽ ูˆูŽุงู„ู’ุนูŽุงูููŠูŽุฉูŽ ูููŠ ุฏููŠู†ููŠ ูˆูŽุฏูู†ู’ูŠูŽุงูŠูŽ ูˆูŽุฃูŽู‡ู’ู„ููŠ ูˆูŽู…ูŽุงู„ููŠุŒ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุณู’ุชูุฑู’ ุนูŽูˆู’ุฑูŽุงุชููŠ ุŒ ูˆูŽุขู…ูู†ู’ ุฑูŽูˆู’ุนูŽุงุชููŠุŒ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุญู’ููŽุธู’ู†ููŠ ู…ูู†ู’ ุจูŽูŠู’ู†ู ูŠูŽุฏูŽูŠู‘ูŽุŒ ูˆูŽู…ูู†ู’ ุฎูŽู„ู’ูููŠุŒ ูˆูŽุนูŽู†ู’ ูŠูŽู…ููŠู’ู†ููŠู’ุŒ ูˆูŽุนูŽู†ู’ ุดูู…ูŽุงู„ููŠุŒ ูˆูŽู…ูู†ู’ ููŽูˆู’ู‚ููŠู’ุŒ ูˆูŽุฃูŽุนููˆู’ุฐู ุจูุนูŽุธูŽู…ูŽุชููƒูŽ ุฃูŽู†ู’ ุฃูุบู’ุชูŽุงู„ูŽ ู…ูู†ู’ ุชูŽุญู’ุชููŠู’

Mafhumnya: โ€œYa Allah sesungguhnya aku memohon keselamatan di dunia dan di akhirat, Ya Allah sesungguhnya aku memohon keampunan dan keselamatan agama, dunia, akhirat, ahli keluarga dan harta bendaku. Ya Allah tutupilah keaibanku, amankan daku dari semua ketakutan dan krisis. Ya Allah peliharalah daku dari kemerbahayaan dari hadapan, dari belakang, dari sebelah kanan, dari sebelah kiri, dan dari arah atasku. Aku juga memohon perlindungan dengan keagunganMu dari bala bencana yang datang secara tiba-tiba.โ€ (HR Abu Daud dan Ibn Majah. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Ibn Majah)

Ini antara bacaan yang diajar oleh Rasulullah SAW untuk kita baca pada pagi dan petang hari, dengan harapan mendapat perlindungan dan pemeliharaan dari Allah SWT.

Demikian juga dengan doa-doa atau bacaan-bacaan lain yang juga diajar oleh Nabi SAW untuk dibaca pada pagi dan petang seperti: ุฃุนูˆุฐ ุจูƒู„ู…ุงุช ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุชุงู…ุงุช ู…ู† ุดุฑ ู…ุง ุฎู„ู‚ tiga kali. Kerana itu saya ingin anjurkan kepada mereka yang syangkan sunnah Nabi SAW untuk mengaktif dan menggiatkan usaha dakwah, menyebarkan sunnah baginda SAW kepada orang ramai. Demikian juga giatkan sebaran bacaan yang sahih dari Nabi SAW: ุจุณู… ุงู„ู„ู‡ ุงู„ุฐูŠ ู„ุง ูŠุถุฑ ู…ุน ุงุณู…ู‡ ุดูŠุก ููŠ ุงู„ุฃุฑุถ ูˆู„ุง ููŠ ุงู„ุณู…ุงุก ูˆู‡ูˆ ุงู„ุณู…ูŠุน ุงู„ุนู„ูŠู… dibaca sebanyak tiga kali pada pagi dan petang hari. Bacaan-bacaan ini adalah sabit dari Nabi SAW.

Oleh itu, saya nasihatkan, tinggalkan perbalahan, jangan melayan kumpulan-kumpulan yang lebih suka perkara yang tidak berdasarkan sunnah. Giatkanlah dakwah menyebarkan sunnah Nabi SAW. Dengan cara ini kita boleh kurangkan perbalahan dan perpecahan  dalam kalangan umat Islam.

Jangan ada di dalam diri kita, kecenderungan untuk menjawab orang itu dan orang ini sahaja. Seolah-olah dakwah itu hanya menjawab dan membantah golongan yang berbeza dengan kita sahaja. Bukan begitu, sebaliknya hendaklah kita giat dan sebarkan dakwah sunnah menurut kemampuan kita.

Jika ada keperluan untuk kita jawab sesuatu isu, barulah kita jawab dan bantah, bukan menjadi keutamaan untuk menjawab isu dan membantah orang lain. Semoga Allah SWT sentiasa membimbing kita berada di atas jalan yang sebenarnya sebagai seorang daโ€™ie.

Cetak
Wallahu a'lam