alRazi di dalam Tafsirnya ketika memberi komentar berkaitan ayat:
والمؤلفة قلوبهم
"Dan alMuallafah Qulubuhum." Beliau berkata: "Ini adalah umum merangkumi muslim dan selainnya."
Ini antara bukti bolehnya memberi zakat kpd non muslim berdasarkan penentuan pihak pemerintah.
Imam alTobari di dlm tafsirnya menyertakan riwayat dr Qatadah yg berkata:
أن المؤلفة قلوبهم أناس من الأعراب ومن غيرهم كان النبي صلى الله عليه وسلم يتألفهم بالعطية كيما يؤمنوا
Maksudnya: "Bahawa alMuallafah Qulubuhum adalah org2 dr kalangan Arab Badawi dan selain mereka, yg dahulunya Nabi SAW melunakkan mereka dgn pemberian agar mereka beriman."
Dlm hadis yg Sahih, diriwayatkan oleh Ahmad drpd Anas bin Malik:
أن رسول الله لم يكن يسأل شيئا على الإسلام إلا أعطاه، قال فأتاه رجل فسأله، فأمر له بشاء كثيرة، بين جبلين من شاء الصدقة، قال: فرجع إلى قومه فقال: يا قوم أسلموا، فإن محمدا أعطى عطاء من لا يخشى الفاقة
Maksudnya: "Bahawa Rasulullah SAW tidak akan diminta sesuatu atas Islam melainkan baginda akan memberinya. Seorg lelaki datang kpd baginda dan meminta diberikan kambing yg banyak. Lalu baginda memerintahkan agar diberi kpdnya sejumlah kambing yg banyak yg berada di antara dua bukit terdiri dr kambing sedekah (zakat)." Kata Anas lagi: " lelaki itu pulang ke pangkuan kaumnya seraya berkata:
"Wahai kaum, masuklah agama Islam, sesungguhnya Muhammad telah berikan pemberian spt org yg tidak takutkan kemiskinan."