SDI 1860: Hukum Hadir Pengurusan Jenazah Orang Kafir

Dakwah Jumlah paparan: 61

Soalan:

Bolehkah menghadiri pengurusan dan mengiringi jenazah seorang kafir untuk mengambil hati keluarganya kerana mereka jiran di tempat tinggal? Atau apakah haram hukumnya mengiringi jenazah orang kafir, kecuali dalam keadaan darurat sahaja, seperti kerana pertalian kerabat?

Jawapan:

Mengiringi jenazah orang kafir, tidak terdapat dalil yang putus sama ada boleh atau dilarang. Dalam yang ada secara qat‘i atau putus ialah mengharamkan solat ke atas jenazah orang kafir dan berdoa untuknya. Hal ini termasuk dalam perkara yang telah ijmak dalam kalangan ulama. Allah Ta‘ala berfirman:

﴿وَلا تُصَلِّ عَلَى أَحَدٍ مِنْهُمْ مَاتَ أَبَدًا وَلا تَقُمْ عَلَى قَبْرِهِ إِنَّهُمْ كَفَرُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَاتُوا وَهُمْ فَاسِقُونَ﴾

“Dan janganlah engkau solat ke atas seorang pun dari mereka yang mati selama-lamanya, dan janganlah engkau berdiri di atas kuburnya. Sesungguhnya mereka kafir kepada Allah dan Rasul-Nya, dan mereka mati sedang mereka orang yang fasik.” (al-Tawbah: 84)

Allah Ta‘ala berfirman lagi:

﴿مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَنْ يَسْتَغْفِرُوا لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُوا أُولِي قُرْبَى مِنْ بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ﴾

“Tidak sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memohonkan ampun bagi orang-orang musyrik, walaupun mereka itu kaum kerabat, setelah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka.” (al-Tawbah: 113)

Al-Imam al-Nawawi berkata dalam al-Majmu’ 5/258:

وَأَجْمَعُوا عَلَى تَحْرِيمِ الصَّلَاةِ عَلَى الْكَافِرِ وَيَجُوزُ غُسْلُهُ وَتَكْفِينُهُ وَدَفْنُهُ

 “Ulama telah ijmak tentang pengharaman solat ke atas orang kafir. Harus memandikan dan mengkafankannya.”

Manakala hukum semata-mata mengiringi jenazah orang kafir tanpa terlibat dalam upacara yang bertentangan dengan syarak, menimbulkan perbezaan pendapat ulama. Sebahagian mereka berpendapat haram mengiringi jenazah orang kafir dengan alasan perbuatan itu menyerupai solat ke atasnya yang diharamkan dengan nas al-Quran.

Dalam Kassyaf al-Qina’ ‘An Matn al-Iqna’ 2/122-123 karya al-Buhuti al-Hanbali disebutkan:

فَصْلُ (وَيَحْرُمُ أَنْ يُغَسِّلَ مُسْلِمٌ كَافِرًا وَلَوْ قَرِيبًا أَوْ يُكَفِّنَهُ أَوْ يُصَلِّيَ عَلَيْهِ أَوْ يَتْبَعَ جِنَازَتَهُ أَوْ يَدْفِنَهُ) .لِقَوْلِهِ تَعَالَى ﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَوَلَّوْا قَوْمًا غَضِبَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ﴾ [الممتحنة: ١٣] وَغُسْلُهُمْ وَنَحْوُهُ: تَوَلٍّ لَهُمْ وَلِأَنَّهُ تَعْظِيمٌ لَهُمْ، وَتَطْهِيرٌ فَأَشْبَهَ الصَّلَاةَ عَلَيْهِ وَفَارَقَ غُسْلَهُ فِي حَيَاتِهِ فَإِنَّهُ لَا يُقْصَدُ بِهِ ذَلِكَ (إلَّا أَنْ لَا يَجِدَ مَنْ يُوَارِيهِ غَيْرَهُ فَيُوَارَى عِنْدَ الْعَدَمِ) لِأَنَّهُ ﷺ «لَمَّا أُخْبِرَ بِمَوْتِ أَبِي طَالِبٍ قَالَ لِعَلِيٍّ اذْهَبْ فَوَارِهِ» رَوَاهُ أَبُو دَاوُد وَالنَّسَائِيُّ وَكَذَلِكَ قَتْلَى بَدْرٍ أُلْقُوا فِي الْقَلِيبِ، أَوْ لِأَنَّهُ يَتَضَرَّرُ بِتَرْكِهِ وَيَتَغَيَّرُ بِبَقَائِهِ

“Fasal: Dan haram seorang muslim memandikan orang kafir sekalipun kerabatnya, atau mengafankannya, atau mensolatkannya, atau mengiringi jenazahnya, atau mengebumikannya. Berdasarkan firman-Nya Ta‘ala: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil kaum yang dimurkai Allah sebagai penolong-penolongmu” [al-Mumtahanah: 13]. Dan memandikan mereka serta yang seumpamanya itu adalah bentuk wala’ kepada mereka, juga kerana ia merupakan penghormatan dan penyucian kepada mereka, maka perbuatan itu menyerupai solat ke atasnya. Ia berbeza dengan memandikannya ketika hidup kerana ketika itu tidak dimaksudkan demikian. Kecuali jika tidak didapati sesiapa yang dapat mengebumikannya (dari kalangan mereka), maka dikebumikan ketika ketiadaan orang lain. Kerana Nabi ketika diberitahu tentang kematian Abu Talib, Baginda bersabda kepada Ali: “Pergilah dan kebumikanlah dia.” Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan an-Nasa’i. Demikian juga (jenazah) orang-orang yang terbunuh dalam Perang Badar dicampakkan ke dalam telaga, atau kerana jika ditinggalkan begitu sahaja akan memudaratkan (manusia) dan berubah (keadaan mayat) dengan keberadaannya.” Tamat.

Namun sebahagian ulama lain berpendapat harus mengiringi jenazah orang kafir. Mereka berdalil dengan beberapa athar salaf terdiri para sahabat dan tabi‘in. Antaranya berdasarkan riwayat al-Balazuri (البَلَاذُري) yang wafat pada 279H dalam Ansab al-Asyraf 7/9 yang berkata:

وَحَدَّثَنِي عَمْرو بْن مُحَمَّد النَّاقِد حَدَّثَنَا أَبُو أَحْمَد الزبيري عَن سفيان عَن حماد عَن الشَّعْبِيّ قَالَ: ماتت أم الحارث بْن أَبِي ربيعة، وهي نصرانية فشهدها مَعَهُ قوم مِنْ أَصْحَابِ مُحَمَّد ﷺ. وَقَالَ الْمَدَائِنِيّ: كانت أمه نصرانية سوداء، وكانت أكلت حمامة من حمام مَكَّة، فكان يعير بِذَلِكَ

“Dan telah menceritakan kepadaku ‘Amru bin Muhammad an-Naqid, telah menceritakan kepada kami Abu Ahmad az-Zubairi, daripada Sufyan, daripada Hammad, daripada asy-Sya’bi yang berkata: “Telah meninggal ibu kepada al-Harith bin Abi Rabi‘ah, sedangkan dia seorang wanita Nasrani. Lalu al-Harith menghadiri jenazah ibunya bersama beberapa orang daripada sahabat Muhammad . Dan al-Mada’ini berkata: Ibunya seorang Nasraniyyah yang berkulit hitam, dan dia pernah memakan seekor merpati dari burung-burung merpati Mekah, maka dia (al-Harith) diejek dengan sebab itu.”

Al-Imam Muhammad bin al-Hasan al-Shaybani juga meriwayatkan dalam al-Athar dengan katanya:

أَخْبَرَنَا أَبُو حَنِيفَةَ، عَنْ حَمَّادٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، أَنَّ الْحَارِثَ بْنَ أَبِي رَبِيعَةَ مَاتَتْ أُمُّهُ النَّصْرَانِيَّةُ، فَتَبِعَ جَنَازَتَهَا فِي رَهْطٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ مُحَمَّدٌ: لَا نَرَى بِاتِّبَاعِهَا بَأْسًا، إِلَّا أَنَّهُ يَتَنَحَّى نَاحِيَةً عَنِ الْجَنَازَةِ، وَهُوَ قَوْلُ أَبِي حَنِيفَةَ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ -.

“Abu Hanifah menceritakan kepada kami, daripada Hammad, daripada Ibrahim, bahawa ibu al-Harith bin Abi Rabi‘ah, seorang wanita Nasrani telah meninggal dunia. Lalu al-Harith mengiringi jenazah ibunya bersama satu rombongan sahabat Nabi SAW. Berkata Muhammad: “Kami tidak melihat mengiringi jenazahnya itu suatu yang salah, hanya sahaja dia hendaklah berada agak jauh daripada jenazah. Itulah pendapat Abu Hanifah – semoga Allah meredainya.”

Athar ini juga diriwayatkan oleh Ibn Abi Shaybah dan ‘Abd al-Razzaq, daripada al-Thawri, daripada Hammad, daripada al-Sha’bi yang katanya:

مَاتَتَ أُمُّ الْحَارِثِ بْنِ أَبِي رَبِيعَةَ، وَكَانَتْ نَصْرَانِيَّةً، فَشَيَّعَهَا أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Ibu al-Harith bin Abi Rabi‘ah meninggal dunia, dan dia seorang wanita Nasrani, lalu para sahabat Muhammad SAW mengiringinya.”

Ulama yang mengharuskan perkara ini juga berhujah dengan keharusan mengucapkan takziah kepada orang kafir dengan kematian keluarganya, serta menziarahinya, sebagaimana Nabi SAW menziarahi seorang pemuda Yahudi, lalu baginda mengajaknya masuk Islam sehingga pemuda itu memeluk Islam, sebagaimana dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari.

Berdasarkan pendapat yang mengatakan harus mengiringi jenazah orang kafir, maka tidak mengapa mengikuti jenazah jiran yang kafir sebagai suatu bentuk mujamalah (mengambil hati) agar mereka melihat keindahan agama Islam.

Sebahagian ulama ada menyatakan akan keharusan mengiringi jenazah orang kafir ini dengan qiyas kepada keharusan menziarahi jenazah seorang kafir dari kalangan ahli kerabat. Al-Khatib al-Syirbini dalam Mughniy al-Muhtaj 2/48 berkata:

(وَلَا بَأْسَ بِاتِّبَاعِ الْمُسْلِمِ) بِتَشْدِيدِ الْمُثَنَّاةِ (جِنَازَةَ قَرِيبِهِ الْكَافِرِ)؛ لِأَنَّهُ صلى الله عليه وسلم «أَمَرَ عَلِيًّا - رَضِيَ اللَّهُ تَعَالَى عَنْهُ - أَنْ يُوَارِيَ أَبَا طَالِبٍ» كَمَا رَوَاهُ أَبُو دَاوُد. قَالَ الْإِسْنَوِيُّ: كَذَا اسْتَدَلَّ بِهِ الْمُصَنِّفُ وَلَيْسَ فِيهِ دَلِيلٌ عَلَى مُطْلَقِ الْقَرَابَةِ؛ لِأَنَّ عَلِيًّا كَانَ يَجِبُ عَلَيْهِ ذَلِكَ كَمَا يَجِبُ عَلَيْهِ الْقِيَامُ بِمُؤْنَتِهِ فِي حَالِ الْحَيَاةِ اهـ. وَقَدْ يُفْهِمُ كَلَامُ الْمُصَنِّفِ تَحْرِيمَ اتِّبَاعِ الْمُسْلِمِ جِنَازَةَ الْكَافِرِ غَيْرِ الْقَرِيبِ، وَبِهِ صَرَّحَ الشَّاشِيُّ. قَالَ الْأَذْرَعِيُّ: وَلَا يَبْعُدُ إلْحَاقُ الزَّوْجَةِ وَالْمَمْلُوكِ بِالْقَرِيبِ وَهَلْ يَلْحَقُ بِهِ الْجَارُ كَمَا فِي الْعِيَادَةِ؟ فِيهِ نَظَرٌ اهـ. وَالظَّاهِرُ الْإِلْحَاقُ.

“(Dan tidak mengapa seorang Muslim) dengan tasydid huruf ta (mengiringi jenazah kerabatnya yang kafir); kerana sesungguhnya Nabi «memerintahkan Ali – semoga Allah Ta‘ala meredhainya – agar mengebumikan Abu Talib» sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Dawud. Al-Isnawi berkata: “Begitulah pengarang berdalil dengan hadis ini, namun dalam hadis itu tidak terdapat dalil atas (harusnya) kerana mutlak kerabat; kerana Ali wajib melakukannya sebagaimana dia wajib menanggung nafkah bapanya ketika hidup. Dan boleh difahami daripada perkataan pengarang bahawa haram seorang Muslim mengikuti jenazah kafir yang bukan kerabat, dan hal ini telah dinyatakan secara jelas oleh asy-Syasyi. Al-Adzra‘i berkata: Tidak jauh untuk menyamakan (hukum keharusan ini) isteri dan hamba sahaya dengan kerabat. Adakah jiran juga disamakan (keharusan mengiringi jenazahanya) sebagaimana dalam (hukum harus) menziarahinya ketika sakit? Maka hal ini perlu diteliti. Dan yang zahir adalah ia juga disamakan (harus).”

Dalam Hashiyah Syarwani yang dicetak bersama Tuhfah al-Muhtaj 3/200 oleh al-Haitami disebutkan penegasan tentang aspek mujamalah dalam keharusan mengiringi jenazah orang kafir dengan katanya:

)قَوْلُهُ وَيَتَعَيَّنُ تَرْجِيحُهُ فِي غَيْرِ نَحْوِ قَرِيبٍ إلَخْ( كَأَنَّ الشَّارِحَ لَمْ يَسْتَحْضِرْ مَا قَدَّمَهُ عِنْدَ قَوْلِ الْمُصَنِّفِ وَلَا بَأْسَ بِاتِّبَاعِ الْمُسْلِمِ جِنَازَةَ قَرِيبِهِ الْكَافِرِ مِمَّا نَصُّهُ وَيَجُوزُ لَهُ زِيَارَةُ قَبْرِهِ أَيْضًا وَكَالْقَرِيبِ زَوْجٌ وَمَالِكٌ قَالَ شَارِحٌ وَجَارٌ وَاعْتَرَضَ بِأَنَّ الْأَوْجَهَ تَقْيِيدُهُ بِرَجَاءِ إسْلَامٍ أَوْ خَشْيَةَ فِتْنَةٍ وَأَفْهَمَ الْمَتْنُ حُرْمَةَ اتِّبَاعِ الْمُسْلِمِ جِنَازَةَ كَافِرٍ غَيْرِ نَحْوِ قَرِيبٍ وَبِهِ صَرَّحَ الشَّاشِيُّ انْتَهَى قَالَ فِي الْعُبَابِ وَلِلْمُسْلِمِ زِيَارَةُ قَبْرِ كَافِرٍ قَالَ فِي شَرْحِهِ أَيْ يُبَاحُ لَهُ ذَلِكَ كَمَا قَطَعَ بِهِ الْأَكْثَرُونَ وَصَوَّبَهُ فِي الْمَجْمُوعِ

“(Perkataannya: “Dan wajib ditarjihkan pendapat itu pada selainnya seperti kerabat, dan seterusnya”) – seakan-akan syarih (penghuraian) ini tidak menghadirkan apa yang telah dikemukakan sebelumnya ketika pengarang (al-Nawawi) berkata: “Dan tidak mengapa seorang Muslim mengiringi jenazah kerabatnya yang kafir.” Termasuk dalam lafaznya ialah: “Dan harus juga baginya menziarahi kuburnya, dan seperti kerabat itu ialah isteri dan tuan (pemilik hamba).” Kata syarih (penghurai): “Dan juga jiran.” Namun ada yang membantah bahawa yang lebih wajar ialah membatasinya dengan adanya harapan orang kafir itu memeluk Islam atau kerana takut fitnah. Dan teks matan itu memberi faham bahawa haram seorang Muslim mengiringi jenazah kafir yang bukan seumpama kerabat, dan hal itu dinyatakan secara jelas oleh asy-Syasyi. Dikatakan dalam kitab al-‘Ubab: “Bagi seorang Muslim boleh menziarahi kubur orang kafir.” Dalam syarahnya disebut: “Yakni dibolehkan bagi seorang musilm itu perkara tersebut sebagaimana telah diputuskan oleh kebanyakan ulama, dan hal itu telah dianggap tepat dalam al-Majmu’.”

Kesimpulan:

Berdasarkan huraian di atas, maka harus menziarahi pengurusan jenazah seorang kafir dengan syarat tidak menyertai upacara-upacara yang bertentangan dengan syarak, terutamanya bagi tujuan menjinakkan orang kafir kepada Islam. Namun tidak menghadiri pengurusan jenazah orang kafir adalah lebih baik, disebabkan ada pandangan ulama yang melarangnya.

 

----- English Version -----

 

The Ruling on Attending the Funeral of a Non-Muslim

Question:

Is it permissible to attend the management and procession of a non-Muslim’s funeral in order to win the hearts of their family, since they are our neighbors? Or is it forbidden to accompany the funeral of a non-Muslim except in cases of necessity, such as kinship?

Answer:

Accompanying the funeral of a non-Muslim has no definitive (qat‘i) textual proof that explicitly permits or prohibits it. What is categorically established is the prohibition of offering the funeral prayer over a non-Muslim and supplicating for them. This is a matter of consensus among the scholars. Allah, the Exalted, says:

“And never pray over any of them who dies, nor stand at his grave. Indeed, they disbelieved in Allah and His Messenger and died while defiantly disobedient.” (al-Tawbah: 84)

Allah, the Exalted, also says:

“It is not for the Prophet and those who believe to ask forgiveness for the polytheists, even if they are near of kin, after it has become clear to them that they are companions of the Fire.” (al-Tawbah: 113)

Al-Imam al-Nawawi said in al-Majmu’ (5/258):

“The scholars are unanimously agreed on the prohibition of praying over a disbeliever. It is permissible, however, to wash, shroud, and bury them.”

As for merely accompanying the funeral of a non-Muslim without partaking in religious rites that contradict the Shari‘ah, scholars differed. Some considered it forbidden, arguing that it resembles the funeral prayer which is expressly prohibited in the Qur’an.

In Kashshaf al-Qina‘ ‘an Matn al-Iqna’ (2/122–123), al-Buhuti al-Hanbali wrote:

“It is forbidden for a Muslim to wash a disbeliever, even if he is a relative, to shroud him, to pray over him, to follow his funeral, or to bury him… except when there is no one else to bury him, then he may be buried out of necessity, as when the Prophet told Ali upon Abu Talib’s death: ‘Go and bury him.’ Reported by Abu Dawud and al-Nasa’i. Similarly, the slain of Badr were cast into a well. Or else, leaving him unburied would cause harm and decay.”

On the other hand, some scholars allowed accompanying a non-Muslim’s funeral, citing reports from the early generations. Among them is the narration in Ansab al-Ashraf (7/9) by al-Baladhuri (d. 279H):

“When the Christian mother of al-Harith ibn Abi Rabi‘ah died, al-Harith attended her funeral with some companions of Muhammad .”

Al-Imam Muhammad ibn al-Hasan al-Shaybani also narrated in al-Athar:

“Abu Hanifah told us, from Hammad, from Ibrahim, that when the Christian mother of al-Harith ibn Abi Rabi‘ah died, he attended her funeral along with a group of the Prophet’s companions. Muhammad (al-Shaybani) said: ‘We see no harm in following her funeral, except that one should keep some distance from it.’ This was also the opinion of Abu Hanifah – may Allah be pleased with him.”

This report is also found in Ibn Abi Shaybah and ‘Abd al-Razzaq, from al-Thawri, from Hammad, from al-Sha‘bi:

“The Christian mother of al-Harith ibn Abi Rabi‘ah died, and the companions of Muhammad attended her funeral.”

Those who permit this also argue by analogy with the permissibility of offering condolences to non-Muslims upon the death of their relatives, and visiting them, as the Prophet once visited a Jewish youth, inviting him to Islam until the youth embraced it (narrated by al-Bukhari).

Based on the opinion permitting this, there is no harm in attending the funeral of a non-Muslim neighbor as a gesture of courtesy, so that they may witness the beauty of Islam.

Some scholars also extended this ruling by analogy with attending the funeral of a non-Muslim relative. Al-Khatib al-Shirbini said in Mughni al-Muhtaj (2/48):

“There is no harm for a Muslim to attend the funeral of his non-Muslim relative, because the Prophet instructed Ali to bury Abu Talib, as narrated by Abu Dawud.”

He went on to explain that some limited this to close kinship, while others suggested it could extend to cases like a spouse, slave, or even a neighbor—similar to the permissibility of visiting them when sick.

In Hashiyat al-Sharwani on Tuhfat al-Muhtaj (3/200), al-Haytami also emphasized that accompanying a non-Muslim’s funeral may be permitted for reasons of social courtesy (mujamalah), or when there is hope for dawah, or to prevent harm.

Conclusion:

It is permissible to attend the funeral proceedings of a non-Muslim on the condition of not participating in religious rites contrary to Islam, particularly when the intention is to soften their hearts toward Islam. However, refraining from attending is more cautious, since there are scholarly opinions that prohibit it.

Cetak
Wallahu a'lam