SDI 0931: Susulan SDI 0930 Tentang Kenajisan Babi

Fiqh dan Usul Jumlah paparan: 695

Soalan:

Saya baca kat islamqa scholars tak galakkan sebab kalau kena air sama kes kena samak .. wallahualam

Jawapan Bin Sahak:

Sebab islamqa pilih pandangan ia najis.

Penyoal:

Dia tak sebut samak tapi kita perlulah berhati2 manusia sekarang binatang halal pun culas bab kebersihan inikan pula babi... tengok juga rujukan2 yang disertakan.

Kaki tu naturally mengeluarkan peluh, waima pakai stokin, kita bukan di negara musim sejuk, so kalau macam tu bagaimana keadaan nak di buat? Sebab kita solat 5 hari sekali.

Jawapan Bin Sahak:

1. Tak betul cara anda sebarkan fatwa sbgitu. Dlm fatwa tak sebut samak, tak perlu kita sebut.

2. Berhati2 utk kita amal sendiri2 ok. Bukan utk semua org. Pandangan yg mengatakan babi najis memberi masalah besar kpd muallaf utk menjaga hubungan dgn keluarga yg masih belum muslim.

Penyoal:

Bagaimana bagi Muslim yang kita melayu ni dari awal ni nampak babi pun jarang tiba2 pergi kedai design kasut kulit babi lagi lawa, teringin padahal kasut kulit lembu ada, bagaimana dia nak solat ke masjid...?

Jawapan Bin Sahak:

Ulama berbeza pandangan. Sbhgian kata babi itu najis. Sbhgian kata tidak najis, ia sama spt singa. Kulit dan dagingnya suci ketika hidup, namun haram dimakan.

Kenyataan ini faham?

Penyoal:

So Sheikh Bin Sahak, kalau saya nak pilih pandangan yang mengatakan najis tu adakah saya silap?

Jawapan Bin Sahak:

Anda tidak melakukan sebarang kesilapan. Sptmana yg memilih pandangan sebaliknya tidak melakukan sbrg kesilapan.

Pendedahan pandangan lain dlm isu2 spt ini diharap dapat memberi kemudahan dan kelapangan terutamanya kpd saudara2 muallaf kita utk meneruskan hubungan dgn keluarga mereka yg belum memeluk Islam. Selain itu agar umat Islam tahu bahawa kenajisan babi atau tidak bukan suatu yg pasti sehingga tiada ruang utk berbeza pandangan.

Cetak
Wallahu a'lam