SDI 0924: Boleh Taklid Mazhab Maliki Yang Kata Babi Tak Najis?

Soalan: 

Salam ustaz..mohon bertanya..
Rumah baru yg dibeli telah dicat oleh tukang cat menggunkan berus bulu khinzir tanpa pengetahuannya.. boleh kah sy bertaklid dengan mazhab Maliki dalam is berus cat tersebut. Mohon pencerahan ust.

Jawapan:

Ya, boleh. Apatah lagi pandangan itu kuat dr sudut penghujahan. Sehinggakan alImam alNawawi dari mazhab alSyafi'e memperakuinya. Beliau berkata:

ليس لنا أي الشافعية دليل على نجاسة الخنزير، بل مقتضى المذهب طهارته كالأسد والذئب والفأر، ونقل ابن المنذر الإجماع على نجاسة الخنزير لكن دعوى الإجماع فيها نظر؛

Maksudnya: "tiada bagi kami mazhab alSyafie dalil atas kenajisan babi. Bahkan kandungan mazhab menunjukkan kesuciannya seperti singa, serigala, dan tikus. Ibn alMunzir pula ada menukilkan telah berlaku ijmak atas kenajisan babi akan tetapi dakwaan ijmak ini perlu diperhatikan semula. Ini kerana Imam Malik berbeza dalam persoalan ini dan berpandangan ia suci."

Pandangan mazhab Malik ini BUKAN bermaksud daging babi halal, kerana pengharaman daging babi jelas dinyatakan di dalam alQuran.


Cetak  
Wallahu a'lam