SDI 1213: Hutang Kad Kredit

Fiqh dan Usul Jumlah paparan: 1395

Soalan: 

Assalamualaikum Ustaz, Saya ingin mengetahui apakah hutang dari kad kredit yang tidak di bayar menjadi hutang yang akan dituntut di akhirat kelak. Adakah itu juga menjadi tanggungjawab waris untuk membayarnya jika penghutang meninggal. Apakah hukumnya jika kita tidak membayarnya sedangkan telah berusaha berunding dengan pihak Bank untuk membayar. Tetapi pihak Bank menetapkan jumlah bayaran yang tidak mampu untuk di bayar. Terima kasih.

Jawapan:

Wa'alaikumussalam warahmatullah

Hutang WAJIB di bayar, ia akan dituntut di akhirat termasuk hutang kad kredit. Jika penghutang meninggal dunia dan ada meninggalkan harta, maka wajib hartanya digunakan untuk membayar hutang kad kredit sekalipun sehingga habis semuanya. Semua para ulama bersetuju, hutang manusia didahulukan untuk menyelesaikannya dari harta simati berbanding faraid untuk ahli waris.

Berusahalah berbuat baik kepada simati sepertimana dia telah berbuat baik kepada kita. Berusahalah menurut kemampuan menyelesaikan hutangnya. Ia termasuk amal bakti kepadanya, tuan bakal menerima ganjaran berlipat kali ganda di akhirat kelak. Jangan sama sekali ditinggalkan begitu sahaja sekalipun tuan TIDAK DIWAJIBKAN melangsaikan hutang orang lain.

Cetak
Wallahu a'lam