Soalan:
Assalamualaikum Ustaz, Bolehkah saya membeli anak lembu yang liar (maksudnya tidak dibela dikandang lembu) kemudian saya jaga sendiri dengan tujuan untuk buat korban setelah cukup umurnya. Tujuan saya adalah untuk memastikan lembu tersebut mendapat makanan dari sumber yang halal walaupun sebelum ini di biarkan makan di mana2 sahaja oleh tuannya. Terima kasih.
Jawapan:
Boleh. Tak ada masalah. Makanan lembu tak ada hukum halal haram. Kalau dia dibiar makan orang punya, tuan dia yang bersalah. Jika lembu itu merosakkan barang orang lain, pemilik barang berhak menuntut kerugian dari tuan lembu dan tuan lembu wajib menggantikan kerugian tersebut. Adapun silembu tetap seekor lembu sekalipun dia makan tumbuhan org lain tanpa izin. Tiada hukum halal dan haram untuk seekor lembu.