Soalan:
Maksudnya kalau bermula keluar darah hari 13 suci selama 7 hari..hari 13, 14 dan 15 dan seterusnya dikira haid..
Gini..perempuan tu suci..sampai hari 13 darah turun balik selama 7 hari berturut. Maksudnya kalau bermula keluar darah hari 13 suci selama 7 hari..hari 13, 14 dan 15 dan seterusnya dikira haid? Ke semua tu dikira istihadhah?
Jawapan:
1. Ada 2 keadaan darah yang keluar dihukum sebagai darah haid:
Pertama: Apabila jumlah dari hari pertama haid + hari suci + seluruh hari haid berikutnya tidak lebih dari 15 hari. Katakan: seseorang wanita datang haidnya selama 5 hari, kemudian suci 6 haŕi, kemudian datang semula haid 3 hari. Maka jumlah keseluruhannya adalah 14 hari (tidak melebihi 15 hari yang merupakan tempoh paling lama haid). Maka kedua-dua tempoh waktu keluar darah itu adalah haid. Manakala 6 hari suci di tengahnya sila rujuk SDI 1063
Kedua-dua tempoh haid itu dikira haid yang sama kerana tempoh suci antara dua haid tidak sampai 15 hari (tempoh minimum suci antara haid) dan jumlah keseluruhan hari-hari tersebut tidak melebihi 15 hari (tempoh maksimum haid).
Kedua:. Darah yang datang kali kedua selepas suci dianggap haid yang bersendiri apabila ia diselangi dengan waktu suci sekurang-kurangnya 15 hari, bersama syarat kedua-dua tempoh haid (haid pertama dan kedua yang diselangi waktu suci sekurang-kurangnya 15 hari) mestilah sehari semalam atau lebih.
Katakan seorang wanita didatangi haid selama 6 hari, kemudian suci 15 hari, kemudian datang pula haid selama sehari semalam. Maka kedua-dua tempoh haid itu dikira dua haid yang berbeza.
Kedua: Darah yang datang kali kedua selepas suci dianggap haid yang bersendiri apabila ia diselangi dengan waktu suci sekurang-kurangnya 15 hari, bersama syarat kedua-dua tempoh haid (haid pertama dan kedua yang diselangi waktu suci sekurang-kurangnya 15 hari) mestilah sehari semalam atau lebih.
Katakan seorang wanita didatangi haid selama 6 hari, kemudian suci 15 hari, kemudian datang pula haid selama sehari semalam. Maka kedua-dua tempoh haid itu dikira dua haid yang berbeza.
2. Darah yang datang dikira istihadhah apabila jumlah hari pertama didatangi darah kali pertama dan hari darah terakhir yang datang kali kedua melebihi 15 hari (tempoh maksimum haid). Tempoh suci antara kedua haid ini pula kurang dari 15 hari (tempoh minimum suci antara dua haid).
Katakan seorang wanita didatangi haid selama 7 hari yang merupakan kebiasaan tempoh haidnya. Kemudian suci selama 3 hari, kemudian datang pula darah selama 7 hari. Maka darah yang kedua selama 7 hari itu dikira sebagai darah istihadhah keseluruhannya. Kerana tidak mungkin kita dapat menganggap kedua-dua tempoh haid ini sebagai haid yang sama kerana jumlah keseluruhannya bersama sela waktu suci sebanyak 17 hari (melebihi tempoh maksimum haid) dan tempoh sela suci pula kurang dari 15 hari (tempoh minimum suci antara dua haid).