SDI 0878: Boleh Beri Zakat Kepada Saudara Kandung?

Fiqh dan Usul Jumlah paparan: 672

Soalan: 

Assalamualaikum
Mohon pencerahan ustaz..
1. Boleh kah duit zakat diberi kpd saudara kandung utk tujuan menjelas hutang sewa rumah, dll cukai
2. Wanita mengandung terpaksa buka puasa sbb bimbang kandungannya..perlu byr fidyah+kadho puasa..@ memadai dgn fidyah saja
3..Boleh ka qasar solat jika kita ke Lkawi..
Jklh..ustaz..

Jawapan:

1. BOLEH memberi zakat kepada saudara kandung jika situasinya, puan dan beliau tidak saling mewarisi. Jika puan dan saudara kandung itu saling mewarisi harta, maka puan hendaklah memberi nafkah kepadanya jika dia terdiri dari kalangan orang miskin, menurut kemampuan puan. BOLEH juga puan serahkan zakat puan kepadanya dengan syarat zakat tersebut adalah pemberian lain dari nafkah, kerana zakat tidak boleh menggugurkan kewajipan nafkah. Inilah pandangan sebahagian para ulama.

Orang yang terbeban dengan hutang BOLEH diserahkan zakat kepadanya.Dengan syarat hutang tersebut bukan dalam bentuk pembaziran.

2. Ada perbezaan pendapat ulama dalam masalah ini. Dr. Yusuf alQaradhawi berpandangan wanita yang kerap mengandung hanya perlu membayar fidyah. Manakala yang jarang mengandung perlu qadha tanpa fidyah.

3. Org yang ke Langkawi terhimpun padanya sifat-sifat seorang musafir. Boleh dia mengambil keringanan yang diberikan seperti qasar solat dan seumpamanya. Dan yang afdhal ialah dia tunaikan solat qasar dalam setiap waktu, jika terdapat kesempitan dia lakukan jama' qasar. Jika dia memilih untuk lakukan jama' qasar sekalipun tiada kesempitan, maka solatnya tetap sah kerana dia seorang musafir.

Cetak
Wallahu a'lam