Terjemahan Matn Abi Syuja' (1)

Terjemah Matn Abi Syuja’

Oleh: binSahak

بسم الله الرحمنِ الرحيم

الحمد لله رب العالمين وصلى الله على سيدنا محمد النبي وآله الطاهرين وصحابته أجمعين.

قال القاضي أبو شجاع أحمد بن الحسين بن أحمد الأصفهاني رحمة الله تعالى: سألني بعض الأصدقاء حفظهم الله تعالى أن أعمل مختصرا في الفقه على مذهب الإمام الشافعي رحمة الله تعالى عليه ورضوانه في غاية الاختصار ونهاية الإيجاز ليقرب على المتعلم درسه ويسهل على المبتدئ حفظه. وأن أكثر فيه من التقسيمات وحصر الخصال فأجبته إلى ذلك طالبا للثواب راغبا إلى الله تعالى في التوفيق للصواب إنه على ما يشاء قدير وبعباده لطيف خبير

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Segala pujian milik Allah, tuhan sekelian alam. Selawat dari Allah ke atas penghulu kita Muhammad yang merupakan seorang nabi, ahli keluarga yang suci dan para sahabat baginda keseluruhannya. Telah berkata al-Qadhi Abu Syuja’ Ahmad bin al-Husain bin Ahmad al-Asfahani RH:

“Sebahagian temanku HFZ telah meminta aku buatkan ringkasan padat fiqh berdasarkan mazhab al-Imam al-Syafie RH, untuk mendekatkan dan memudahkan para penuntut ilmu mempelajari dan menghafalnya dengan aku membuatnya dalam bentuk pembahagian-pembahagian dan menghimpunkan ciri-cirinya, maka aku memenuhi permintaan mereka ini kerana mengharapkan pahala dan taufiq dari Allah agar aku berada di atas kebenaran. Sesungguhnya Dia maha berkuasa atas setiap yang dikehendaki-Nya, dan yang maha lunak dan maha mengetahui terhadap para hamba-Nya”


Cetak  
Wallahu a'lam