الختان al-Khitan (1)

Fiqh dan Usul Jumlah paparan: 459

Sumber asal: https://www.dorar.net/feqhia/212/ diterjemahkan oleh binSahak untuk binsahak.com

Takrif al-Khitan Pada Bahasa Dan Istilah

al-Khitan pada bahasa ialah: al-Qat'u القطع iaitulah memotong. (Lisan al-'Arab oleh Ibn al-Manzhur 13/138 dan Tuhfah al-Maudud Bi Ahkam al-Maulud oleh Ibn al-Qayyim, hal: 153)

Pada istilah ialah: untuk lelaki:  قَطْع الجلدةِ السَّاتِرة للحَشَفةِ memotong kulit yang menutup al-Hasyafah (bahagian kepala zakar). Untuk wanita: قطع جلدةٍ فوق محل الإيلاج تشبه عُرف الديك memotong (secebis) kulit yang berada di bahagian atas tempat ilaj (memasukkan zakar) menyamai palung ayam jantan. (al-Banayah Syarh al-Hidayah oleh al-Aini 1/333, al-Fawakih al-Dawani oleh al-Nafrawi 2/877, Hasyiah al-'Adawi 1/595,  al-Majmu' oleh al-Nawawi 1/302 dan al-Mubdi' Syarh al-Muqni' 1/72)   

 

 

Cetak
Wallahu a'lam