Hukum Air Gatal Dari Luka

Soalan: 

Assalamualaikum Ustaz adakah air gatal sebab luka dikira najis(bukan nanah) .. saya dinasihatkan supaya tidak dibalut supaya luka cepat kering,Terima Kasih
 
Jawapan: 
 
Air gatal disebabkan luka jika berubah baunya dikira najis, jika tidak berubah baunya tidak dikira najis. Kata al-Imam al-Nawawi RH di dalam al-Majmu'
 
وأما ماء القروح فسبق في باب إزالة النجاسة أنه إن تغيرت رائحته فهو نجس، وإلا فطريقان؛ أصحهما أنه طاهر، والثاني على قولين
 
Maksudnya: "Dan adapun air luka, maka telah berlalu penjelasannya di dalam bab berkaitan menghilangkan najis bahawa jika berubah baunya maka ia najis, jika tidak berubah baunya, ada dua tariq, yang Asah ialah suci, dan kedua ada dua qaul." 

Cetak  
Wallahu a'lam