SDI 1167: Orang Awam Macamana? Wajib Orang Awam Ikut Satu Mazhab?

Soalan:

 

jadi org awam di malaysia kena kata batal bila sentuh wanita bukan mahram atau tidak ustaz?

Jawapan:

Bergantung kpd setiap individu.

Bagi org yg merasakan lebih selamat dia berpegang dgn sesuatu mazhab, maka dia berhak dgn pilihannya itu.

Bagi mereka yg cenderung nak tahu alasan dan dalil, mereka berhak berpegang dgn pandangan yg lebih kuat pd pemahaman mereka. Krn bertaqlid kpd guru yg menerangkan kpd merrka.

Bagi mereka yg cenderung ikut apa shj yg bertepatan dgn kehendak dan nafsu, maka agama tak diamalkan menurut nafsu, justeru ancaman dosa utk mereka.

Soalan:
Salam ustaz, ada kah orang awam wajib mengikut satu mazhab?. wslm

Jawapan:
Wsalam warahmatullah

Tidak wajib, sebaliknya yang wajib ialah merujuk persoalan agama kepada orang alim. Untuk kata orang awam wajib ikut SATU mazhab amat sukar kerana ketiadaan dalil.

WA


Cetak  
Wallahu a'lam