SDI 0732: Darah Haid Makanan Jin Dan Syaitan?

 
Soalan: 
 
Assalamualaikum ustaz. Sy ada soalan yang ingin ditujukan kpd ustaz. Soalan sy adalah berkaitan pad wanita. Adakah pad tsb perlu dibasuh kerana bimbang dimakan jin itu benar atau sekadar hanya dongeng?
 
Jawapan:
 
Dakwaan darah haid makanan jin tidak memiliki sebarang sandaran sama sekali. Oleh itu tidak perlu membasuh pad wanita bagi menghilangkan darah yang ada sebelum membuangnya. Bahkan zahir hadis menunjukkan kain tuala wanita dibuang di zaman Nabi SAW dalam keadaan berlumuran darah, tanpa terlebih dahulu dibasuh. al-Imam alTirmizi meriwayatkan daripada Abi Sa'id alKhudriy RA yang berkata:
 
قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَتَوَضَّأُ مِنْ بِئْرِ بُضَاعَةَ وَهِيَ بِئْرٌ يُلْقَى فِيهَا الْحِيَضُ وَلُحُومُ الْكِلَابِ وَالنَّتْنُ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِنَّ الْمَاءَ طَهُورٌ لا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ
 
Maksudnya: "Ditanya: Wahai rasulullah, apakah kami boleh berwudhu dengan air telaga Budha'ah, dan ia merupakan sebuah telaga yang berhimpun di dalamnya (apabila banjir) kain tuala wanita, bangkai anjing dan kotoran? Jawab Nabi SAW: "Sesungguhnya air itu suci lagi menyucikan, tidak menajiskannya sesuatupun." Hadis dinilai Sahih oleh Imam Ahmad, Yahya bin Ma'ien, Ibn Khuzaimah, Ibn Taimiyyah dan selain mereka. Zahir hadis ini menunjukkan kain tuala wanita tersebut mengandungi darah haid, jika tidak, tiada keperluan para sahabat menyebutnya bagi meragui kesucian air telaga Budha'ah.
 

Cetak  
Wallahu a'lam