SDY 0001 (Soalan Dari Youtube): Membersihkan Najis Di Kawasan Rumah

Soalan: 
 
اسلام عليكم Ustaz
kalau ada najis mughallazah di badan kita kita perlu basuh dengan air dan tanah sucikan ,tapi dikawasan rumah saya,saya rasa semua tanah di rumah saya tidak suci kerana ada yang dipijak oleh orang dan haiwan seperti anjing, Macam mana kita nk sertu kalau takda tanah suci. 
 

Jawapan: 

Hukum asal kawasan rumah adalah suci, sama ada telah dipijak oleh orang ataupun haiwan hatta anjing sekalipun. melainkan terdapat di situ najis, maka ketika itu kawasan yang terdapat najis dihukumkan najis. Jika tiada najis ia dihukum suci. Jika terdapat najis anjing, maka cara menyucikannya ialah dengan dibuang najis tersebut, kemudian dicurahkan air sebanyak 7 kali. Tidak perlu dicampurkan dengan tanah lain lagi. Kata al-Imam al-Nawawi RH di dalam al-Majmu'
 
لو تنجست أرض ترابية بنجاسة الكلب كفى الماء وحده سبع مرات من غير تراب أجنبي، على أصح الوجهين إذ لا معنى لتتريب التراب
 
Maksudnya: "Kalau menjadi najis sesuatu kawasan bumi dengan najis anjing, memadai dibersihkan dengan air sahaja sebanyak tujuh kali tanpa perlu dicampurkan dengan tanah lain berdasarkan pandangan Asah dari dua wajah, kerana tiada faedah membersihkan dengan tanah di atas permukaan bumi yang juga tanah." 
 

Cetak  
Wallahu a'lam