Tidak Semua Dakwaan Ijmak Itu Benar

Fiqh dan Usul Jumlah paparan: 360
Ibn alMunzir di dalam al-Ijma' mendakwa ulama telah Ijma' bahawa muntah dengan sengaja membatalkan puasa. Namun yang sebenarnya TIDAK BEGITU. Ia bukanlah Ijma', sebaliknya pandangan Jumhur. Besar kemungkinan faktor yang mendorong Ibn alMunzir mendakwa Ijma' batal puasa muntah dengan sengaja ialah tidak sampainya maklumat wujud khilaf pada beliau. alSyaukani di dalam Nail alAwtor demikian juga al'Azim Abadi di dalam 'Aun alMa'bud menukilkan pandangan Ibn Mas'ud, 'Ikrimah dan Rabi'ah yang mengatakan tidak batal puasa muntah dengan sengaja.
 
Cetak
Wallahu a'lam