Terjemahan Minhaj al-Talibin: Kitab al-Hibah (3)

Fiqh dan Usul Jumlah paparan: 708

Kata muallif RH: 

ولَوْ قالَ: أعَمَرْتُك هَذِهِ الدّارَ فَإذا مِتَّ فَهِيَ لِوَرَثَتِك فَهِيَ هِبَةٌ

maksudnya: "Dan jika seseorang berkata: aku a'mar kepadamu rumah ini. Jika kamu meniggal dunia, maka rumah ini untuk waris kamu. Maka ianya adalah hibah." 

Huraian

‘Ungkapan أعَمَرْتُك merujuk kepada permasalahan al-Umra العُمرَى. Di mana al-'Umra adalah apa-apa yang diberikan kepada seseorang selama hayatnya. al-'Umra di sisi ulama mazhab Syafie, di mana أعْمَرَ عُمْرَى iaitulah sesuatu yang diberi itu menjadi milik orang yang menerima pemberian dan sesuatu yang diberi itu tidak akan kembali lagi kepada orang yang memberi.

kata muallif lagi: 

ولَوْ اقْتَصَرَ عَلى أعَمَرْتُك فَكَذا فِي الجَدِيدِ، ولَوْ قالَ فَإذا مِتُّ عادَتْ إلَيَّ فَكَذا فِي الأصَحِّ

maksudnya: "Dan jika berpada dengan mengatakan: "aku a'markan kepadamu, maka demikian berdasarkan mazhab al-Jadid. Dan jika dia berkata: "Apabila aku yang mati dahulu, maka pemberian ini kembali kepadaku (kembali kepada waris pemberi untuk difaraidkan), maka ia juga demikian (hibah) berdasarkan al-Asah." 

Huraian

Perkataan muallif: "Dan jika berpada dengan mengatakan: "aku a'markan kepadamu,.." iaitulah tanpa dinyatakan apa yang berlaku setelah kematian penerima. "maka demikian" iaitulah ia termasuk di dalam hibah "berdasarkan mazhab al-Jadid". Perkataan muallif: "berdasarkan mazhab jadid." di mana mazhab qadim berpandangan lafaz seperti ini adalah batil. Ungkapan muallif ولَوْ menunjukkan wujud khilaf. ولَوْ اقْتَصَرَ bermaksud: "Dan jika..." iaitulah berdasarkan mazhab jadid, "dia berpada" dengan berkata: "Apabila aku yang mati dahulu, maka pemberian ini kembali kepadaku" atau ia kembali kepada warisku. Maka ungkapan sebegini juga dikira hibah dan 'umra sebegini sah berdasarkan al-Asah. Inilah pandangan yang diputuskan oleh majoriti. Namun syarat yang disebut iaitulah: "maka pemberian ini kembali kepadaku" adalah lagha kerana bertentangan dengan hadis muttafaqun 'alaih: 

العُمْرى مِيراثٌ لِأهْلِها

maksudnya: "al-'Umra kekal menjadi pemiliknya." 

Batalnya syarat al-'Umra dan syarat tersebut dikira lagha, namun al-'Umra kekal sah berbeza dengan syarat-syarat yang batil dalam jual-beli yang menjadikan akad jual-beli batal kerana di dalam jual-beli ada harga yang dibayar. Maka apabila batal syarat yang diletakkan dalam jual-beli, maka batal juga akad jual-beli tersebut. Ia berbeza dengan al-'Umra yang tiada sebarang harga yang perlu dibayar.

kata muallif RH:

جَعَلْتُها لَك رُقْبى: أيْ إنْ مِتَّ قَبْلِي عادَتْ إلَيَّ، وإنْ مِتُّ قَبْلَك اسْتَقَرَّتْ لَك فالمَذْهَبُ طَرْدُ القَوْلَيْنِ الجَدِيدِ والقَدِيمِ.

maksudnya: "Aku berikan barangan ini kepadamu sebagai ruqba, iaitulah jika kamu mati terlebih dahulu sebelum ku, barangan ini kembali kepadaku. Jika aku mati terlebih dahulu sebelummu, barangan itu kekal milik mu. Maka berdasarkan al-Mazhab adalah Tard al-Qawlain, al-Jadid dan al-Qadim." 

Huraian

Muallif telah menjelaskan maksud al-Ruqba الرقبى dan ia termasuk di dalam hibah. al-Ruqba seperti yang dinyatakan berdasarkan al-Mazhab ialah Tard al-Qawlain iaitulah berdasarkan pandangan al-Jadid adalah sah, syarat yang disebut dianggap lagha. Manakala berdasarkan pandangan al-Qadim, al-Ruqba seperti yang dinyatakan adalah batil. Pandangan muqabil al-Mazhab adalah batil. 

Cetak
Wallahu a'lam