SDI 0628: Alat Kelamin Saya Dibuang Atas Masalah Kesihatan

Soalan: 
 
Saya lelaki, dan atas masalah kesihatan terpaksa buang alat sulit dan Dr. memberitahu saya akan mendapat kelamin seakan wanita selepas pemedahan... Adakah saya masih lelaki? Bolehkah saya berkahwin? Dan dengan siapa saya perlu berkahwin? Lelaki atau perempuan? 
2. Selepas pembedahan, saluran air mani bocor... Setiap kali solat, air mani sy selalu terkeluar2... Sy sebenarnya x pasti dengan tepat sama ada air mani atau mazi... Sahkah solat saya?
3. Bolehkah sy menjadi imam dan melaksanakan tuntutan seperti lelaki juga?
As Salam..Mohon penjelasan drp ust...
As Salam...Alat kelamin lelaki d jangkiti kuman dn rosak...
 
Jawapan: 
 
Bersabarlah dengan ujian yang sementara ini. Ganjaran yang teramat besar menanti kita di akhirat kelak. Di samping itu, anda dinasihatkan supaya berusaha mendapatkan rawatan mengembalikan kelakian anda semula, sama seperti orang lelaki yang lain. Hal ini tidak ditegah dalam agama. 
 
Di bawah adalah jawapan untuk soalan-solana yang ditanya: 
 
1) Anda masih seorang lelaki dan anda kekal terikat dengan hukum-hakam seorang lelaki. Anda boleh berkahwin dengan mana-mana wanita yang bersedia menerima anda setelah dia tahu keadaan anda. Jangan rahsiakan keadaan anda. Ada baiknya anda berusaha untuk mendapatkan rawatan terlebih dahulu. 
 
2) Air mana dan mazi memiliki ciri-ciri yang tersendiri. Di mana Mani itu bewarna putih, berlendir, melekit dan likat sifatnya, mengeluarkan bau yang tidak enak. Manakala Mazi, jernih warna, likat sifatnya, tidak berbau. Jika diandaikan yang keluar itu adalah Mani, maka anda tidak perlu mandi junub setiap kali air Mani yang keluar kerana kebocoran tersebut. Anda perlu mandi junub apabila Mani yang keluar bersama rasa lafaz seperti hubungan kelamin. Inilah pandangan sebahagian ulama. 
 
3) Anda boleh menjadi imam solat sepertimana seorang lelaki yang lain.

Cetak  
Wallahu a'lam