SDI 0615: Kenduri Arwah

Soalan: 

assalamualaikum ustaz bagaimana dengan amalan tahlil arwah adakah ia amalan yang bida'ah ataupun harus setengah orang memberi alasan ia juga amalan sedekah pahala pada si mati kerana didalamnya ada bacaan ayat Al-Quran.

Jawapan:

Tahlil arwah dengan kaifiyat yang direka, penetapan waktu yang di ada-adakan dan majlis yang kena panggil orang masjid dan surau, macam tuan rumah tak reti nak berdoa sendiri dan baca alQuran sendiri, ditambah dengan kenduri khusus kerana kematian. Semua ini adalah rekaan dalam agama.

Dari membuat kenduri arwah seperti yang biasa diamalkan dalam masyarakat adalah lebih baik memilih salah satu cara di bawah ini:

1. Sedekahkan pahala membaca al-Quran yang dibaca sendiri, berdasarkan pandangan majoriti.

2. Membuat kenduri dengan menjamu orang miskin, ahli keluarga, jiran tetangga atau orang masjid yang termasuk amalan saleh. Kemudian sedekahkan pahala kenduri kepada jenazah.  


Cetak  
Wallahu a'lam