SDI 0612: Jawab Salam Non Muslim

Fiqh dan Usul Jumlah paparan: 450
Soalan: 
Assalamualaikum ustaz..apa hukumnya kita memberi salam assalamualaikum kepada non-muslim dan bila non-muslim memberi salam assalamualaikum kepada kita bolehkah kita menjawab salam mereka. 
 
Jawapan: 
 
Ulama berbeza pandangan, sebahagian membenarkan dan sebahagian melarang. 
 
Anda boleh memberi salam kepada mereka bagi tujuan dakwah. Demikian juga, jawablah salam yang mereka mulakan kepada kita dengan menyebut:
 
وَعَلَيْكُم
 
Soalan: 
Kenapa dibuang salam ustaz?
 
Jawapan: 
 
Wa'alaikum itu ada kebenaran secara jelas di dalam hadis. Namun jika nak jawab wa'alaikumussalam juga boleh pada pandangan sebahagian ulama. Sebahagian mereka juga melarang ditambah lebih dari wa'alaikumussalam. Wallahu a'lam. Bi'ah (suasana) Malaysia ini pada pandangan saya, golongan non muslim telah merasai salam mereka itu telah dijawab dengan wa'alaikum itu. Mereka bukan non muslim arab seperti yang ada di zaman Nabi SAW. Maksud saya golongan non muslim Malaysia tak paham apa yang kita jawab itu apa maksudnya. Kerana itu jawapan wa'alaikum itu memadai sebagai tanda salam mereka terjawab. 
Cetak
Wallahu a'lam