Sebahagian Besar Dakwaan Ijmak Adalah Pandangan Majoriti

Fiqh dan Usul Jumlah paparan: 535
Ibn alMunzir di dalam al-Ijma' mendakwa ulama telah Ijmak bahawa muntah dengan sengaja membatalkan puasa. Namun yang sebenarnya TIDAK BEGITU. Ia bukanlah Ijmak. Sebaliknya pandangan Jumhur atau majoriti. Besar kemungkinan faktor yang mendorong Ibn alMunzir mendakwa Ijmak batal puasa muntah dengan sengaja ialah tidak sampainya maklumat wujud khilaf pada beliau. alSyaukani di dalam Nail alAwtor demikian juga al'Azim Abadi di dalam 'Aun alMa'bud menukilkan pandangan Ibn Mas'ud, 'Ikrimah dan Rabi'ah yang mengatakan tidak batal puasa muntah dengan sengaja.
Cetak
Wallahu a'lam