Jawab Mu‘az bin Jabal: “Maha Suci Allah, baginda yang telah memerintahkan kamu semua bersiwak, baginda mengetahui, sudah pasti di mulut orang yang berpuasa itu terdapat bau sekalipun orang itu bersiwak, tidaklah baginda pula memerintahkan mereka supaya sengaja mengotorkan (membusukkan) mulut mereka yang tiada sebarang kebaikan sedikitpun bahkan keburukan, melainkan seorang yang diuji dengan sesuatu musibah yang tidak dapat dielak.”
Kemudian kata al-Mubarakfuri: “Isnad athar ini baik, sepertimana yang dijelaskan oleh al-Hafidz dalam al-Talkhis al-Habir.” al-Hafiz di sini ialah Ibn Hajar al-‘Asqalani. “Kata Ibn al-Hummam: “Ia sama seperti debu (berjihad) di jalan Allah berdasarkan sabda Nabi SAW: - di dalam hadis Nabi pernah sebut dalam riwayat Bukhari yang bermaksud: “Siapa yang berdebu kedua-dua kakinya pada jalan Allah, Allah haramkan api neraka dari mengazabnya.” – maknanya apakah kita disuruh untuk sengaja mendebukan kaki kita dengan tanah? Apakah kita disuruh begitu? sedangkan di dalam hadis sebut: “Siapa yang berdebu kedua-dua kakinya pada jalan Allah, Allah haramkan api neraka dari mengazabnya.” Kita disuruh mendebukan kaki dengan tanah? Jawapannya: Tidak, kita tak disuruh buat begitu. Bahkan mujahid yang berjihad di jalan itu juga tak disuruh, melumur debu tanah di kaki mereka. Tak disuruh begitui. Kemudian katanya lagi: “hanya untuk mereka yang tiada pilihan (kerana berjihad), adapun siapa yang mencampakkan dirinya dengan sengaja, maka tiada untuknya pahala sedikitpun. Dikatakan, termasuk dalam perkara ini juga sesiapa yang mencari susah berlegar-legar bagi membanyakkan berjalan menuju ke masjid, kerana sabda Nabi SAW: “Dan banyak melangkah ke masjis-masjid.”
Bukankah ada anjuran banyak melangkah ke masjid. Maka adakah kita disuruh, jika masjid dekat dengan rumah, lalu kita sengaja pusing jauh untuk memperbanyakkah langkah ke masjid? Maka jawabnya: Tak, kita tak disuruh begitu. al-Mula ‘Ali al-Qariy menambah dalam Mirqah al-Mafatih Syarh Misykah al-Masabih, dia kata: “(Sama juga) sesiapa yang sengaja berusaha agar tumbuh uban kerana sabda baginda SAW: “Siapa yang terzahir di kepalanya sehelai uban dalam Islam”, Nabi kata كانت له نور يوم القيامة siapa yang terzahir di kepalanya sehelai uban di jalan Allah, dalam sebahagian riwayat, dalam sebahagian riwayat lagi tiada sebut “di jalan Allah”, maka untuk dia cahaya pada hari kiamat.” Maka apakah kita disuruh bagi uban itu tumbuh? dengan makan ubat bagi uban tumbuh? apakah disuruh begitu? Maka sudah tentu tak ada orang yang kata begitu. Jadi hadis tentang khuluf atau bau mulut orang yang berpuasa, bukan suruh kita sengaja biarkan mulut kita berbau busuk dan kotor, bahkan hadis memaksudkan keutamaan ibadah puasa itu sendiri, sepertimana hadis yang menyebut tentang kaki yang berdebu berjihad di jalan Allah, diharamkan neraka untuknya, bukan bermaksud kelebihan ada debu di kaki, tetapi menunjukkan kebesaran dan keutamaan anggota kaki yang digunakan untuk berjihad di jalan Allah SWT. Tak ada sama sekali kaitan dengan kotoran.